Selasa, 24 Ogos 2010

Kalau baca surat khabar je tak habis-habis dengan berita jenayah...Lagi-lagi kes jenayah !!!

"Heeeiiii ya Allah,tiap-tiap hari kalau baca paper mesti baca berita yang menyanyat hati,ngeri dan sakit hati.Awal-awal muka depan surat khabar je dah berita ngeri dan jenayah.Takde ke berita-berita yang manfaat sikit kasi orang lain baca dengan perasaan tenang.Ni kalau baca paper je,mesti risau.Risau bebenor lah.Aduhhh,apalah nak jadi dengan manusia sekarang,teruk tahap kritikal masyarakat Malaysia sekarang ni.Macam mana pemerintah sekarang ni memerintah ??? Kata nak turunkan kadar jenayah !!!! Tapi bila baca surat khabar,muka depan je dah terpampang berita jenayahlah,buang bayilah,kes bunuh membunuhlah dan macam-macam lagi lah.Aduuhhh,mananya bukti kerajaan dan polis nak turunkan kadar jenayah ??? Kalau benda ni berlaku berterusan juga,heeemmm macam manalah agaknya rakyat Malaysia khususnya nak hidup dengan aman dan sejahtera sekiranya dikelilingi jenayah yang begitu banyak dan meningkat.Fikir-fikirkanlah,buatlah pilihan yang terbaik..."

DISEMBELIH AYAH...

KOTA BHARU: “Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam.

DITENTERAM...adik-beradik mangsa ditenteramkan saudara-mara selepas adik mereka berumur tiga tahun disembelih bapa sendiri dirumah,semalam.

Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.

Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

TAHAN...suspek membunuh kanak-kanak tiga tahun ditahan polis.

Difahamkan, suspek pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya di sini, sebelum berhenti sebulan lalu.

Nik Suzila berkata, suaminya sudah lama menghidap penyakit mental dan sering mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Sudah lama dia tidak mengalami sebarang gangguan mental sehinggalah kejadian semalam.

“Sejak akhir-akhir ini, dia tak mahu ambil ubat kerana menyebabkan dia sakit kepala. Sudah lama penyakitnya tidak menyerang dan saya sangka dia sudah pulih. Namun sangkaan saya meleset,” katanya.

Datuk mangsa, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata dia menyedari kejadian itu selepas diberitahu Nik Suzila.

Nik Hashim yang ketika itu berehat di rumahnya tidak jauh dari rumah mangsa menghubungi polis yang kemudian menahan menantunya dan merampas pisau.

Menurutnya, dia menyedari menantunya itu berperangai pelik sejak dua hari lalu tetapi tidak menjangkakan dia bertindak demikian.

“Sukar untuk saya menerima apabila dia sanggup menyembelih anak sendiri memandangkan kedua-duanya rapat selain mangsa satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, Mohamad Adam Muszahffar mati di tempat kejadian akibat parah di bahagian leher.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tergamanleherterkulai/Article

Kisah Lucu : Suami 1,2,3 & 4...

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin.

Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin.
Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow… Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua minit kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga minit kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.

Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3: Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot….

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.

Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah?
Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?

Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020….

Yang mane satu ek??? Seronok puasa atau Puasa seronok....

Yang mana satu korang pilih, seronok puasa ke puasa seronok. Nampak macam sama je dua-dua ni. Tapi jangan keliru ye, silap pilih buruk padahnya..hehe.. Sebenarnya banyak perbezaan antara seronok puasa dan puasa seronok.

Seronok puasa: Orang yang seronok puasa memang tak sabar menunggu kedatangan Ramadhan.Kenapa ye? Sebab mereka tak sabar nak pergi bertarawih dan melakukan amal ibadat di bulan puasa. Mereka tak putus2 melakukan kebaikan, bersedekah, bertadarus Al-Quran dan sebagainya. Mereka juga suka pergi ke bazar Ramadhan tapi hanya membeli makanan yang sepatutnya (tak boros dan membazir). Selain itu mereka yang berada di dalam kategori ini sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan.

Puasa seronok: Orang yang puasa seronok ini sebenarnya tak sabar menunggu kedatangan Ramadhan tapi bukan untuk beribadat. Mereka sibuk buat persiapan berbuka dan bersahur. Awal Ramadhan lagi dah sibuk buat persiapan raya. Ada juga yang suka berniaga pada bulan Ramadhan untuk cari duit lebih nak raya nanti. Mereka ini juga suka membazir bila membeli juadah berbuka. Beli ikut nafsu. Akhir sekali mereka tidak sabar-sabar nak menyambut raya tanpa menghiraukan berlalunya Ramadhan.


Orang yang puasa seronok belum pape lagi dah fikir pasal raya.

Nampak tak beza antara seronok puasa dan puasa seronok? Jadi korang tergolong dalam kategori mana? Sendiri jawaplah. Aku?? Aku rasa aku dua-dua kategori ada tapi cam lebih berat ke seronok puasa je. Takpe sama-sama kita perbaiki diri...

"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..."