Khamis, 22 April 2010

Harapan~

Setiap kali bangun tidur di subuh hari,fikiranku akan perlahan-lahan memikirkan tentang exam.Apa yang masih aku belum buat lagi??? aku rasa apa yang patot aku buat selama ni semuanya dah dibuat.Tapi apakan daya diriku yang kurang semangat masih lemah untuk melawan rasa gelisah dan debar di dalam hati.Tiap-tiap hari boleh di katakan risau pasal exam yang datang tak lama lagi.Pejam celik pejam celik semakin dihitung hari semakin hampir exam.

Bagaimanakah ku akan menjawab soalan periksa nanti.Ku rasakan diriku ini seperti tidak melakukan ulangkaji pelajaran langsung.Fikiran seperti tin yang kosong,macam takde apa-apa,sedangkan tiap-tiap ku membelek-belek buku serta menghafal dan memahami apa yang terkangdung di dalamnya..

Malah apakan daya,ku tidak boleh lakukan apa-apa untuk menghadapi semua ini.Akan tetapi nasihat yang sering diberikan oleh kedua ibubapa setiap kali ku menelepon mereka,itu yang membuat diriku sedikit terasa bertambah semangat untuk terus belajar dan berjuang dalam menuntut ilmu agama islam yang tinggi ini...

Aku perlu banyak bersabar.Tidak ada dalam dunia ini semua perkara bermula dari senang.Semuanya bermula dari susah.Sekiranya kita banyak bersabar dengan kesusahan dalam meredah segala macam onak dan duri,insyaallah dengan berkat kesabaran allah akan membantu kita dalam setiap pekerjaan..

Tapi diriku ini sentiasa saja datang perasaan lemah semangat..Malah apakan daya,hanya doa sahajalah menjadi senjata untukku berdoa pada allah supaya kuatkan semangatku untuk ku terus gagah dalam meneruskan pengajian di bumi kinanah ini..Peringatan bagi diriku,setiap perkara itu semuanya dimulakan dengan susah.Tidak ada benda yang dimulakan dengan senang.Semua itu adalah untuk menguji tahap mana keimanan dan kesabaran serta istiqomah aku dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi selama ini..

Hanya rakan sekeliling yang dapat membantu dan memberi kekuatan pada diriku yang sangat lemah ini..Doa yang diharapkan oleh kedua ibubapa dan sahabat-sahabat setiap hari serta mohon keampunan,rahmat dan petunjuk dari allah..."Ya allah,ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu,ingatkanlah apa yang aku telah lupa,dan berikanlah aku rezeki untuk mengetahui ilmu al-quran"..

Moga-moga ku dapat menguatkan semangat untuk terus menghadapi arus perjuangan dan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri.Harapan ku dari sahabat2...Doakanlah diriku ini yang akan mengahadapi exam khususnya dan menghadapi segala macam perkara yang di hadapi..

~ dimana ada kemahuan di situ ada jalan~usaha tangga kejayaan~
~good luck 4 myself~