Sabtu, 7 Ogos 2010

Saudara Kita...Hulurkan Bantuan Ringankan Beban...


Oleh : Md Amin Zainal Abidin, wakil DPMT

“ Perumpamaan bagi orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”( Al Baqarah:261)

Assalamualaikum

Saudara saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan adalah tidak cukup bulan (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator.

Pada jam 8.00 malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:

1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum. (tracheoesophageal fistula) (TEF)
2. Tidak ada Saluran najis (imperforate anus or anal atresia)

Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas ke hospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.

Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami berpendapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit.

Dengan bantuan saudara Syafiq Affandi bin Baharin, pelajar Perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesainya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu.

Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.

Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.

Pada hari kedua iaitu pada 17 Julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu memisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil.

Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.

Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.

Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, berbesar hati memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi.

Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun :

Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)

No Akaun : 062025879025

Bank : HSBC

No Tel : +20142252484

emel : maza_blada@yahoo.com.my

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.

Bapa bayi : Mohd Faizol Bin Endut
Asal : Kuala Terengganu
Kuliah : Usuluddin jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta

No Tel : +20116534573

ibu bayi : Siti Anisah binti Haji Ahmad
Asal : Selangor
Kuliah : Bahasa Arab, Tahun 3 Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah

Sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.‬



Kenangan KEKAL'10...

sidang PERSIS...

Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM atau nama singkatannya KEKAL'10 telah pon melabuhkan tirainya pada malam 5 ogos 2010 di Dataran Hayyu Asyir.Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan.Seperti sukaneka,acara padang dan juga acara dewan.SEbagai contoh acara dewan seperti congkak,debat,musang berjanggut dan sebagainya lah.Bagi acara padang pula seperti,sukaneka dan sebagainya.Alhamdulillah,semua kontinjen telah memberikan komitmen yang memuaskan dalam menjayakan program KEKAL'10 pada tahun ini.

Rugilah siapa yang tak datang tu.Sebab ambe dapat rasa kemeriahan semasa majlis perasmian dengan majlis penutup je.hehehe..Akan tetapi disamping itu juga,ada program ilmiah turut diisi.Antaranya ialah,wacana 4 presiden dan PERSIS (perhimpunan mahasiswa sedunia).Program ilimiah ni juga telah memberi input yang banyak kepada mahasiswa dan siswi di sini dengan kertas kerja yang dibentangkan berkenaan dengan tajuk yang diberi seperti militan dan ada yang lain lagi tapi ambe tak ingat.huhuhu...

Oh tak ingat lagi,malam perasmian pon ada pertunjukan kebudayaan dari wakil negeri terpilih.Contoh macam Selangor dia berlakon,Perak pula buat tarian dabbus.Pastu ada la 3 atau 4 orang yang buat pertunjukan motor berkuasa 400cc.Terlupa juga ada pertunjukan seni mempertahankan diri Taekwondo dari ahli kelad SWAD.Macam-macam lagi la,saya pon dah tak ingat.

Tapi walaupapepon,tahniah dan syabas kepada PMRAM kerana dapat menganjurkan program sebesar ini.Ambe juga sempat menemuramah dengan pengunjung-pengunjung.Kebetulan masa tu dilantik sebagai reporter dan beberapa sahabat yang lain dibawah Unit penerangan & penerbit juga di bawah PMC.Kebanyakkan dari mereka yang memberi pandangan adalah mereka yang sangat bangga dengan PMRAM dan puas hati atas anjuran program yang sebesar ini.

Tak perlu cerita panjang.Kome semua boleh lah tengok suasana perjalanan KEKAL'10 pada gambar di bawah ini :- tapi kalau nak tengok gambar lagi banyak,bukalah facebook saya yang bernama ismael bin ibrahim...


unit persiapan sedang menyiapkan pentas...

para penonton yang hadir...

debat ala parlimen...

derma darah...

pertandingan melukis...

motor ust jamal yang jadi juara...

team nasyid dari tanta...

pertandingan catur dan dam aji...

pameran PMC...

pameran perubatan Tanta...

acara soal menyoal...

baju KEKAL...