Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432...Doa akhir tahun dan awal tahun.

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs600.snc4/58032_1407476361536_1671262124_781362_2124498_n.jpg

Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginga sekalian. Ya Allah wahai tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya dan Engkau berlembut dengan tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka, kami mohon diperkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.



Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak 3X selepas masuk waktu maghrib 1 Muharam.
Selepas doa awal tahun dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs600.ash2/155212_1407476481539_1671262124_781363_8159621_n.jpg

Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginga sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan tuntutan nafsu amarah. Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

maellemon :-
Hijrah kita bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hatiubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak dan bermanja dengan Penciptanya.
Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,tapi...
Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.
Hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik yang kita masih jaga dengan baik.

Di pejabat...
suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
usik sana usik sini dah tak rasa berdosa lagi
orang Kedah kata dah "mangli"
Sedangkan malaikat tetap tidak peduli
sentiasa mencatit segala amal diri yang mulia atau keji...
Suka buang masa pun perlu kita hindari
maklum saja zaman IT
dok chatting tak henti - henti...
guna komputer yang majikan bagi
soal amanah dah tolak tepi
dah tak ingat mati bila-bila boleh mari.
Hijrah ibarat berpindah ke rumah baru
Benda tak berguna jangan dibawa sama,
tinggalkan di tong sampah selayaknya.
Hanya yang baik-baik dan yang berguna saja kita bawa.
Demikian penghijrahan diri yang sepatutnya.
sikap-sikap yang berserabut dan berdebu buanglah jauh-jauh.
Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk,suka menyampuk, suka mengamuk...
janganlah kita simpan lagi
perangai-perangai ini macam memelihara barang antik yang kita perasan cantik dan antik,
tapi orang lain rasa benci dan getik.
Mazmumah itu bagaikan penyakit kanser,
semakin dipendam semakin parah.
Kalau kita masih sayang dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya.
Tahun Baru Hijrah yang menjelma,
sambutlah dengan azam dan semangat baru...
dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik.
Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.
Minat mengumpul dan menyimpan sikap 'antik',
eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit,
sebelum hijrah kita yang terakhir...
dari dunia yang fana' ini
ke Alam Baqa yang kekal abadi.
Waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!

maellemon : salam maal hijrah diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Mudah-mudahan masuk tahun baru pada kali akan menjadikan tahun yg lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Insyaallah sama-sama kita memohon doa kepada Allah untuk memberi yang terbaik kepada kita semua di dunia mahupun di akhirat.

~SALAM MAAL HIJRAH 1432~