Khamis, 11 November 2010

Kenapa Kelab UMNO Perlu Takut Kalau Betul2 Anak Jantan dan Menjaga Kebajikan Pelajar2 Mesir?

.

Aku heran melihat video klip ucapan wakil Kelab UMNO UK dan Indonesia dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kenapa mahu pinjaman ditarik balik? kenapa dan mengapa PMRAM perlu diharamkan? Seperti orang pondan yang pengecut dan tidak tahu dan mahu bersaing secara sihat. Inilah orang-orang yang kurang cerdik dan kurang ajar walaupun belajar diluar negara.

Sedar atau tidak duit yang pelajar-pelajar ini pinjam bukanlah duit UMNO atau Barisan Nasional. Tetapi duit rakyat, duit kita semua. Mengapa mahu ditarik sesuka hati? Adakah mereka tidak dapat membezakan duit UMNO dan duit rakyat? UMNO dan Barisan Nasional hanyalah diamanahkan oleh rakyat untuk mengurus tadbir dan memberikan kebajikan kepada rakyat. Kalau benar UMNO anak jantan, kononnya pertubuhan yang mementingkan kebajikan rakyat, yang mementingkan pendidikan serta akhlak yang tinggi dikalangan pemuda pemudi, ayuh bangun!! Tunjukkan kesungguhan kalian dalam melaksanakan kerja, jangan hanya tahu bercakap dan menuding jari itu dan ini. Keluarkan duit UMNO sendiri untuk menaja pelajar-pelajar Malaysia menuntut di Universiti Al-Azhar, berikan biasiswa, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi kalau rasa hebat sangat. Jangan guna duit rakyat tapi kata UMNO yang bagi. Ini tidak betul..

PMRAM yang merupakan satu-satunya pertubuhan kebajikan anak-anak Malaysia di Mesir telah 80 Tahun wujud sebelum kewujudan UMNO lagi. Sehingga ke hari ini, PMRAM tidak pernah dibayar gaji untuk melaksanakan tugas menjaga kebajikan anak-anak Malaysia di Mesir. Dan selama itulah kebajikan anak-anak Malaysia/Melayu terus dibela dan dijaga. Mereka menuduh PMRAM alat politik pembangkan. Mana bukti PMRAM agen pihak pembangkang? Adakah kerana kopiah yang dipakai atau kalimah Islam yang sering disebut-sebut? Adakah kerana mereka mengatakan yang hak dan mencegah yang batil itu dikatakan pembangkang?

Sia-sialah mereka belajar jauh-jauh di Mesir, mengambil jurusan agama tetapi tidak boleh mengatakan yang hak dan menghapuskan yang batil. Tidak boleh berpakaian menurut Islam, tidak boleh berhukum dengan hukum Islam, tidak boleh melaksanakan ''al-amru bil makruf wan nahyu anil mungkar'' semata-mata kerana ianya tidak selari dan selesa didengar oleh kerajaan UMNO dan BN yang memerintah sekarang.

Inilah sebenarnya yang UMNO BN takutkan, kerana mereka tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Kalau tidak masakan mereka takut dengan manusia yang digelar mahasiswa/wi Al-Azhar dan khususnya sebuah persatuan pelajar yang digelar Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir? Bermakna selama ini UMNO & BN tidak menjaga kebjikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Tidak cuba mendekati dan memberi kefahaman Islam kepada anak-anak Malaysia di Mesir. Hairan, kalau Kelab UMNO betul-betul telah melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar, kenapa takut? Kenapa perlu PMRAM diharamkan?

Saudara sedar atau tidak, PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar secara sah sebagai sebuah NGO dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir dan bukannya berdaftar di Malaysia. Isu pengharaman dan kuasa terletak dibawah kerajaan Mesir. Satu persoalan yang ingin ditimbulkan, kenapa dan mengapa agaknya Kelab UMNO tidak mendapat tempat di hati pelajar-pelajar Mesir khususnya di rumah-rumah negeri? Tidak munasabah kalau Kelab UMNO sebuah kelab yang pro-aktif menjaga kebajikan dan membantu anak-anak Melayu Malaysia ditolak mentah-mentah oleh mahasiswa/wi ini. Pasti ada yang tidak kena. Cuba fikir balik, renung betul-betul, inikah Kelab yang pelajar-pelajar perlu harapkan kalau isu perebutan kuasa sesama sendiri tak boleh nak selesaikan. Macamana nak jaga kebajikan kami anak-anak Malaysia disini?

Haha.. lawak2.. malaslah nak cakap banyak-banyak. Tak guna, membazir masa je. Ni pun saje-saje mengisi masa lapang.. Kalau tak, malas jugak nak layan isu-isu remeh macam ni. Banyak lagi kerja lain nak buat. Baik tolong PMRAM yang dah tentu dijamin kerjabuat yang mereka laksanakan selama ini serta mendapat kebenaran daripada kerajaan Mesir. Kita sekarang duduk dekat negeri orang bukan negara sendiri. Sedar-sedar la diri tu sikit. Kuasa yang ada bukan hak milik mak bapak korang, tapi amanah je.. Aku bukan anti UMNO tapi memang tak suka pun dengan UMNO sebab dasar UMNO je dah tak berdasarkan ISLAM. Aku anti UMNO je bukan orang ataupun ahli UMNO. Ramai je kawan-kawan orang UMNO. Kita bukan musuh peribadi atau individu tetapi dasar dan prinsip yang dibawa oleh UMNO. Kalau UMNO laksana Islam, dasar dan prinsip Islam. Esok jugak aku daftar jadi ahli UMNO. Takde hal lah.. Siap ajak kawan-kawan dengan ahli keluarga lagi join..

p/s : Hello brader, banyak lagi isu lain yang perlu dibahaskan, isu buang bayi, isu pimpinan, puteri UMNO tak menutup aurat, isu judi, isu kelab malam, isu arak, isu kenaikan harga barang, isu masalah sosial dan keruntuhan akhlak muda mudi Malaysia.

Ni aku petik komen seorang sahabat dekat Facebook lepas share video nih.
Abd Muin Abd Manan
Masa sy baru sampai ke Mesir(lama dah), tak pernah plak PMRAM datang nak tarik2 sy. Waktu itu, program seumpama KEJORA'10 pun saya tak pernah ikut, apatah lagi program DPM masa awal dulu pun sy tak ikut tapi hati sy sendiri yang tergerak be...rsama PMRAM sebab sy tengok PMRAM sebuah kesatuan yang menjunjung Islam. Habis, takkanlah sy nak ikut yang tak bawa Islam? nak buat persatuan sendiri? Sy mengaji pengajian Islam, amat malang dan sia-sia sy mai sini ikut yang sebaliknya. Lagipun Kerajaan Mesir beri keistimewaan kepada pelajar Melayu untuk menjalankan aktiviti persatuan melalui PMRAM, apa yang silap?. Kesian pula, ada suara-suara yang bertempik desak PMRAM diharamkan pastu tuduh sebar ideologi palsu..dahsyat2, lagi sadis mudah-mudah saja minta tarik balik tajaan dan biasiswa pelajar. Letihla pi mengaji di luar tapi cakap macam tu. Alang-alang hadir dalam perhimpunan tu, fikirlah untuk atasi masalah gejala sosial di Malaysia. Sekurang-kurangnya 'kehadiran' ke situ tak merugikan Malaysia.

Fikir2 la sendiri... http://allgreenislamic.blogspot.com/

Katak 1.3kg 'Teman Baik' Budak 5 Tahun

myMetro
PASIR MAS : Berbanding kanak-kanak seusianya yang lebih gemar memelihara burung atau kucing sebagai haiwan peliharaan, Mohd Muqri Ramli, 5, pula mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’. Menurutnya, meskipun ramai geli melihat apatah lagi memegang katak tetapi dia tidak sedikit pun berasa sedemikian kerana menganggap amfibia jinak itu sebagai comel dan tidak berbahaya.

Harian Metro
yang berkunjung ke rumahnya di Kampung Chica Tinggi itu mendapati ramai penduduk datang melihat katak terbabit berikutan saiznya agak besar berbanding katak biasa ditemui. Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimr3s_-viUZ9DjED4Rz5UvyjUrJjXWrJ0Pn1uav3DiS7yI9Luh82oFwANRdjp172pv2U-MyZzuXshH_vgBJwpsrNxmRKxzaZzTdIsq6rc1M1FOO-FWH4E5W-qtOCIn2bkKO33EdHI8KJU/s1600/katak+dan+budak+01.JPG
TEMAN ISTIMEWA... Muqri menunjukkan katak digelar ‘Chica’ yang dibelanya.

"Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran 'Chica'. Walaupun orang ramai geli tetapi bagi saya katak ini istimewa kerana tidak mengganggu orang lain yang datang membeli di kedai runcit emak saya,” katanya.

Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya. Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.

"Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya. Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya," katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter.