Jumaat, 10 Disember 2010

Adik Sofiyatul Ulya telah pergi. Al-fatihah..

Hiba melihat wajah adik Sofiyatul Ulya ketika menanggung penderitaan.

Takziah diucapkan kepada Ust Mohd Faizol Endut dan keluarga atas pemergian anak perempuannya semalam akibat diserang penyakit jangkitan paru-paru sekian lama. Dan tahniah juga diucapkan kerana anakmu menanti menghulurkan tangan di syurga untuk menyambut kalian. Moga-moga Ust Faizol dan keluarga tabah atas musibah yang menimpa. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Mudah-mudahan disebalik musibah dan ujian itu ada hikmatnya yang tersendiri.

Ingatlah wahai insan-insan, bahawasanya mati itu adalah satu perkara yang paling hampir dengan kita semua. Janganlah sama sekali kita lalai akan hasutan dunia yang 1001 macam jenis yang boleh menjerumuskan diri kita untuk membeli tiket ke neraka. Ingat firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Tidak ada seorang manusia pun yang tahu bilakah tarikh dan hari mati mereka. Sekiranya mereka tahu, tidak ada seorang pun yang berani untuk melakukan maksiat. Kalau kita lihat dunia sekarang ini khususnya di Malaysia yang paling hampir dengan kita, bermacam-macam masalah dan keruntuhan akhlak moral yang berlaku kepada rakyat sangat-sangat keterlaluan. Ada disana, kes buang anak, minum arak, sumbang mahram dan sebagainya kalau nak ditulis kat sini memang tak habis.

Namun begitu, fenonema yang berlaku sekarang ini masyarakat umum memandang ianya perkara biasa. Akan tetapi mereka tidak memikirkan bahawasanya perkara biasa itulah adalah tanggungjawab mereka. Kerana apa?? dalam satu hadis nabi menyebut "barangsiapa yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka dengan hati dan itulah selemah-lemah iman"

Oleh itu saya mengajak semua untuk sama-sama kita ingat akan kematian. Kerana nabi bersabda "orang yang sentiasa ingat akan mati, maka dia adalah orang yang cerdik". Jangan kamu fikir tiada siapa yang melihat akan setiap kelakuan kamu itu. Sesungguhnya Allah taala telah mengutuskan malaikat Roqib dan Atid untuk mencatat segala kebaikkan dan keburukkan kamu. Tiada ada alasan bagi kamu untuk mengelakkan diri ketika di hari pembalasan kelak. Oleh itu, sama-sama kita tingkatkan amalan dengan menunaikan segala kewajiban yang ditetapkan oleh Allah disamping menambahkan pahala untuk bekalan kita di padang mahsyar nanti.