Khamis, 2 September 2010

Coret-coret Riang Ria Raya dari perantauan....


Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Udara dingin dihening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Ramadhan kian meninggalkan kita
Syawal kembali dtang menjelma
Diri di perantauan selalu teringat pada keluarga
Biasanya kuih raya mesti takkan dilupa...


Itulah dia Ramadhan sekarang ni hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.Haaiiihhh,sedih rasanya.Agaknya berapa banyaklah kita punya amalan ni dah lakukan masa bulan Ramadhan??? Mudah-mudahan diberikan ganjaran yang lebih...insyaallah ameenn...

Sebut pasal raya ni tinggal beberapa hari je lagi nak masuk bulan Syawal.Kalau dilihat kat Mesir ni pon,ada la jugak student-student Malaysia yang sakan buat persiapan untuk raya ni.Maklumlah,sebut pasal raya semua orang mesti nak meriah-meriah.

Kadang-kadang bila tengok orang buat persiapan,teringat pulak kat rumah atok.Sebab kalau nak dekat raya ni,selalu jugak lah tolong-tolong atok ngan mak buat kueh raya kat dapur.Tapi sekarang ni,dah masuk kali kedua aku beraya kat luar Malaysia.Tak dapat nak nolong,tak leh nak makan kueh raya banyak-banyak macam kat Malaysia.

Selalunya kalau kat Malaysia pergi raya kat rumah orang,mesti aku akan cari di antara 6 jenis kueh raya ni.Kueh samperit,cornflakes,kueh tart,sarang semut,cornflakes madu dan tak ketinggalan almond london.Semua ni favourite sku.

Setiap kali kalau raya kat rumah orang, jumpa kueh ni mesti aku akan habiskan satu balang kueh tu.Kalau tuan rumah tu letak dalam pinggan,satu pingganlah aku akan habiskan...hehehe...yelah,sebab kueh tu sedap sangat,mananya tak habis.Sebab ada orang cakap makan kueh raya ni bahaya.Jawapannya apa?? haaa nak tahu tak?? Jawapannya nanti cepat habislah...kukuikui...

Tapi seronok jugak kadang-kadang terkenang-kenang raya masa kecik-kecik dulu dengan sepupu ngan kawan-kawan.Seronoklah bila teringat.Haaa tadi kita cerita pasal kueh kan..Aku ada gambar dia.Kalau tak dapat makan kueh pon takpelah,tengok gambor pon jadilah....hehehe


kueh semperit

kueh sarang semut

cornflakes...yum3..

cornflakes bermadu

almond london...my peberet...

Disamping itu juga nak ucapakn selamat hari raya maaf zahir batin kepada ayah,mak,keluargaku,sahabat handai,guru-guru dan siapa-siapa yang mengenali dirku ini.Doakan selalu untukku dan dirimu berjaya dunia akhirat...

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~

KEMPEN : PMRAM ISTIHAR BULAN SEPTEMBER BULAN MEMBACA...



Adalah dimaklumkan bahawa PMRAM 2010 mengistiharkan bahawa bulan September merupakan bulan kempen membaca.

Antara objektif daripada kempen membaca ini ialah :

- Memupuk minat membaca di kalangan ahli ke arah melahirkan mahasiswa berpengatahuan, pemikir dan kreatif.

- Memperkenalkan kitab-kitab dan buku-buku penting yang perlu dihadam oleh Mahasiswa Islam.

" Bangsa Membaca Bangsa Berjaya "

sumber : pmram.org

p/s : Selamat Membaca !!!

KEMPEN : JOM SEHARI SEBUAH BUKU!


Alhamdulillah, Segala puji bagi allah s.w.t tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikut baginda yang tidak jemu-jemu menyampaikan risalah islam ke seluruh dunia hingga ke hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Bulan ramadhan yang merupakan bulan yang paling istimewa di sisi allah s.aw adalah anugerah yang sungguh berharga buat ummat nabi Muhammad s.a.w. Bulan yang terkenal dengan gandaan amalan yang berlipat kali ganda ini menjadi rebutan bagi mereka yang benar-benar mengimpikn syurga Allah s.w.t.

Bulan ini juga dihidangkan oleh allah s.w.t dengan pelbagai peristiwa sejarah ini sudah lebih daripada mencukupi untuk ditimba segala pengajaran dan kepada seluruh manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia. Peristiwa Badar Kubra, Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran antara peristiwa bersejarah yang menghiasi keistimewaan bulan Ramadhan ini.
Tanggal 17 ramadhan umat islam seluruh pelusuk dunia mengenang kembali peristiwa penurunan al-quran yang menjadi perlembagaan utama bagi umat islam. Pelbagai bentuk pengisian diadakan sempena menyambut hari nuzul al-quran tersebut antaranya forum, ceramah, diskusi kitab dan sebagainya.

Semua itu bertujuan untuk mengembalikan semula kefahaman masyarakat terhadap peranan al-Quran itu sendiri dalam mengatur system kehidupan manusia. Peristiwa agung ini yang berlaku ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w ketika mana baginda beruzlah di Gua Hira’ untuk bertaqarrub kepada Allah s.w.t ternyata menjadi faktor utama kebangkitan umat Islam pada hari ini untuk terus mempertahankan kesucian islam di atas muka bumi ini.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Berdasarkan peristiwa nuzul al-quran itu dapat difahami bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada nabi kita adalah ayat berkenaan kepentingan ilmu itu sendiri yang menjadikan membaca itu sebagai wasilah untuk mencapainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 :

Maksudnya ;

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk).Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,.Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Membaca merupakan satu agenda penting yang perlu disemai dan disemarakkan dalam setiap jiwa mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa berstatus agama. Kebanyakkan mahasiswa kita pada hari ini lebih cenderung ke arah pembacaan yang berunsur picisan berbanding bacaan ilmiah. Inilah antara kelemahan yang perlu dikikis dari diri mahasiwa.

Purata pembacaan rakyat Malaysia adalah antara lapan hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya dua buah buku kira-kira tiga tahun lalu seperti yang diberitahu oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika melancarkan Kempen Mari Membaca 1Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada bulan Mac yang lalu.

Walaupun begitu nisbah pembacaan rakyat Malaysia masih lagi jauh ketnggalan berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Situasi ini juga hampir sama keadaan dengan mahsiswa Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir ini. Kekurangan tenaga untuk memberi pengisian dalam program-program PMRAM pusat mahupun PMRAM Cawangan BKAN dan DPM semakin sukar untuk diperolehi walaupun bumi Mesir ini penuh dengan pelbagai jenis kitab-kitab, bahan bacaan ilmiah dan sebagainya yang agak sukar untuk ditemui di tempat lain.

Inilah bukti mahasiswa kita pada hari kurang membaca dan lebih suka untuk menerima tanpa ada semangat untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berbentuk pengkajian yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Masalah tersebut pastinya membimbangkan semua pihak lebih-lebih lagi PMRAM yang merupakan persatuan induk yang menaungi hampir keseluruhan mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Mesir ini.

Tugas untuk mengembalikan semula keizzahan dan kredibiliti mahasiswa islam dari sudut penguasaan ilmu hari ini perlu dipikul oleh semua pihak.

Oleh yang demikian, bertepatan dengan peristiwa nuzul al-quran pada tahun ini PMRAM secara rasminya mengisytiharkan bulan September ini sebagai bulan permulaan kepada kempen membaca PMRAM sesi kepimpinan 2010.

PMRAM Pusat mengharapkan agar seluruh PMRAM Cawangan BKAN dan DPM mengembeleng tenaga untuk memastikan kempen membaca ini dilaksanakan dengan jayanya diseluruh peringkat dan mengisi kempen tersebut dengan program-program yang menjurus ke arah itu.

Mudah-mudahan Nuzul al-Quran itu benar-benar memberi inspirasi buat seluruh umat islam untuk terus bangkit dan memperkuatkan penguasaan ilmu dipelbagai bidang dengan menjadikan membaca itu sebagai satu jalan untuk mencapainya.

“ BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA “

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKSIAH “

ABDUL AZIZ BIN ALI
KETUA BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
PMRAM 2010

sumber :www.pmram.org