Khamis, 16 Disember 2010

Tiba-tiba hati menjadi resah...~ Allahu Robbi...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjndlneqqwC1OeeEam-T3PlCP9SJUCm_gmy_mYqC_2-PR7PMd_7en8Qaw-ovrzRUuWC0NHTRxvCKPbEO8YwUTwFXO0pqfQHqFeX9VHicclcGnUj2Xp4wARHtOCUNsdpDgEwXLcLcc5wEgRu/s1600/sujud-21.jpg

Maka hamba-Mu yang kerdil ini
mengalunkan nada kerinduan
kepada-Mu Khaliq segalanya
dari tujuh lapis langit tujuh lapis bumi
Dan segalanya yang ada di dalamnya

Terlalu lama rindu ini tertangguh
Di bumi pasrah roh diri mengucap aib
Mencari tatapan keikhlasan
Menghimpu kekhusyukkan
Teduhan munajat di punca peribadi diri

Tulus sabda dari dakapan wahyu-Mu
Hembusan pawana menyampaikan firman-Mu
Melalui lidah kekasih-Mu
Ya Habib Robbal alamin

Alunan syahdu zikir bertaburan di bumi
Di hujung lidah-lidah para hamba-Mu
Dan mencatat kesedihan menyelusuri sukma
Gementar seluruhnya meresap segenap saraf

Ya Robbal alamin
Alunan zikir kebenaran-Mu
Dalam pengucapan gementar

Bagaimana penghadapan kami nanti
Di mahkamah mahsyar Mu
Sedangkan diri ketika hayat
Menghimpun kemurkaan Mu

Di bumi pasrah ini
Dalam terketar-ketar sujud menghadap Mu
Menghimpun kembali kasih dan rindu
Untuk membenihkan cinta di dalam khusyuk
Seperti mana air mata rindu
Lisbasyul anbiya' dan para sahabat
Melimpah menghimpun rasa insaf
Dan seperti kami juga
Menghimpun pengharapan

Di benak ini alunan nada rindu
Membasahi taman hati dalam renjisan
Wangian haruman semerbak umpama kasturi

Kehidupan duniawi penuh onak dan duri
Ramai insan masih tidak sedarkan diri
penuh anugerah nikmat yang Maha Esa
Namun demikian mudah menjadi lupa
Di ukhrawi suatu destinasi abadi.