Rabu, 26 Ogos 2009

~ngail udang bersama tok guru~




PAKA; Jumaat; 31 Julai: Dengan penyertaan seramai 40 orang peserta, 59 batang joran, akhirnya Program anjuran Pemuda PAS Dun Paka, "Jom Mengail Udang Bersama Tuan Guru Presiden PAS" dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pelbagai saiz udang dapat dilihat hasil tangkapan para pengail udang. Yang akhirnya, hanya 9 ekor udang yang dapat ditangkap dalam tempoh 2 jam. Yang menariknya, untuk pemenang pertama dalam pertandingan ini, hadiah yang dibawa pulang ialah barangan elektrik bernilai hampir RM2000. Semua pemenang dalam pertandingan ini disampaikan oleh Ust Jamaluddin Jusoh, Ketua Dewan Pemuda PAS Dungun. Alhamdulillah, kebanyakkan hadiah utama disumbang oleh penyumbang yang budiman.

Walaupun program ini adalah pertama kali diadakan, insyaAllah Pemuda PAS Paka akan menjadikan program ini sebagai program tahunan di masa akan datang. Syukran jazilan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan