Ahad, 2 Januari 2011
Terbaru : Kronologi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
Malam semalam,telah diadakan majlis 'Sidang Media' oleh BKKIMM bertujuan untuk menerangkan isu yang berlaku sejak seminggu ni. Maka, pimpinan BKKIMM mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis penerangan kepada semua mahasiswa Mesir.
Kehadiran pun aku dimaklumkan memang ramai. Hampir memenuhi surau Wisma Seri Melaka. Terima kasih atas kehadiran semua terutama mereka yang bukan ahli Melaka. Pastinya sokongan anda semua sedikit sebanyak mngurangkan kedukaan kami malah menambah semangat kamu untuk terus mempertahankan hak.
Pimpinan BKKIMM menerangkan segala yang berlaku mengikut kronologi. Aku rasa tidak perlu aku cerita dengan teliti. Lotih nak mngarang sekarang. Aku mungkin akan ambil masa lain untuk aku ceritakan satu persatu kronologi isu ini.
Sesi soal jawab oleh para hadirin juga berlangsung dalam majlis ni. Rata-rata bertanya berkenaan status BKKIMM dan IMAM. Tidak kurang juga yang bertanya tentang perjalanan survival BKKIMM. Pertanyaan semua yang bertanya adalah tanda sokongan dan ambil cakna diorg kepada anak Melaka. Terima kasih sangat pada korg semua.
Namun, aku dapat cerita juga, ada usaha 'membawa lari' anak Melaka pada malam itu. 'Seseorang' telah berusaha untuk menarik perhatian anak Melaka agar tidak menyertai majlis penerangan malam tadi. Umpan yang diberikan kalau tak silap aku jamuan makan. Namun alhamdulillah, tak semua termakan umpan tu. Kalau apa yang aku dengar ini salah, mohon perbetulkan.
Apa pun, Jazakumullah kepada semua yang terlibat dalam majlis malam tadi. Semoga ia dirahmati dan menjadi asbab turunnya bantuan Allah dalam menyelamatkan BKKIMM. Insyaallah kalau ada masa, mulai esok aku akan coretkan kronologi ini satu persatu. Doakan aku diberi kesempatan masa. Jazakumullah.
P/s : BKKIMM dah buat majlis penerangan. IMAM xnak buat ke En Anwar? =)
Kronologi ini diambil dari blog ahli Melaka. Sekiranya ingin tahu kronologi sebelum ni, sila layari blog akumakmum.blogspot.com (ahli BKKIMM)
Menyelusuri Jalan-jalan di Kuala Terenganu Pada Malam Tahun Baru
KUALA TERENGGANU - Agenda kerajaan negeri tidak pernah berubah dan tidak mengubah apa-apa sketsa, perjalanan di sepanjang jalan-jalan bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada malam tahun baru 2011.
Ya.... Terengganu negeri yang beriman, suatu nama yang begitu indah, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan semasa, gagal menghayati maksud sebagai negeri beriman.
Walaupun nampaknya, tidak ada agenda rasmi menyambut detik-detik bertukarnya tahun masehi, namun ketika lalu di Batu Burok Kuala Terengganu, kelihatan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang 'seolah-olah semakin tua semakin menjadi'.
Bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.
Ketika lalu dihadapan sebuah hotel di kawasan Tanjung Kuala Terengganu, barulah kelihatan seperti berada di bandaraya sebenarnya, mungkin sebaris dengan Kuala Lumpur atau bandaraya metropolitan lain...urgghh....!
Masih ramai lagi kaum entah apa yang perlu dipanggil kepada mereka 'khunsa atau pondan', bersama mempamerkan tubuh-tubuh sasa masing-masing, berlagak perempuan, menyambut tahun baru kononnya!
Sementara di persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Sultan Mizan di Bukit Tunggal (Gambar), membuktikan usaha kerajaan untuk membenteras Mat Rempit dengan berlogokan '1Malaysia' belum berhasil.
Malah beberapa pemuda dengan terang-terangan menyarung topi keledar 1Malaysia, pemberian Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, buat azimat kepada mereke untuk terus meluncur dengan laju.
Sementara, polis yang sama, yang bertugas menjaga lalulintas semasa Majlis Himpunan Remaja 18 Disember lalu, semalam sekitar jam 2.00 pagi, 1 Januari, 2011, bertukar menjadi musuh.
Dengan segala penat lelahnya, polis peronda terpaksa 'berambat' dengan Mat Rempit 1Malaysia yang mereka iringi dengan segala hormatnya ke Majlis tersebut dua minggu lalu, kononnya menjadi kebanggaan seluruh pemimpin Umno dan BN!






Web lucah: Malaysia Patut Ikut Macam Negara China.
Penyalah-gunaan jaringan internet untuk bahan lucah ini menular kesetiap tempat tanpa sempadan. Penyebaran tanpa kawalan ini menjejaskan moral dan akhlak khususnya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Ia membawa kepada penyebaran zina dan jenayah lain termasuk buang bayi dan sebagainya.
Malaysia yang rakyatnya sekadar 38j sebenarnya gagal menguruskan penularan ini. Kini bukan hanya tersebar laman-laman web dari negara luar bahkan dihasilkan oleh rakyat negara kita sendiri. Tanpa kawalan dan tindakan sewajarnya ia akan tumbuh bak cendawan, apatah lagi ia membawa pulangan kewangan dan keuntungan. Mereka tidak peduli akibat dan kerosakan hasil dari sumbangan mereka itu.
Bahkan remaja, maupun pelajar kekadang lebih berminat menggunakan e-book dan note-book untuk bermain game serta melayari laman-laman lucah ini. Di Malaysia dikatakan ada 4000 laman web lucah dan kerajaan dikatakan menyekat 81 daripadanya. tiadana tindakan undang-undang setakat ini. Yang kita dengar hanya tindakan terhadap mereka yang menghina sultan menggunakan laman web ini.
Sepatutnya Kementerian Komunikasi & Penerangan yang diketuai oleh Datuk Seri Utama Rais Yatim mengambil tindakan awal perkara seperti ini. Malaysia sepatutnya mengambil tindakan seperti kerajaan China. Tapi berkehendakkah kerajaan pimpinan Umno-BN? atau Kementerian ini sendiri menghadapi permasalahan moral?
Ye lah.. kalau dah ketam berjalan senget macamana nak suruh rakyatnya berjalan lurus???
Silap buat laman web lucah makin banyak... laman web pembangkang pulak yang jadi mangsa!!
China tutup 60,000 laman web lucah
BEIJING: China sudah menutup lebih 60,000 laman web lucah tahun 2010 dan menahan sekurang-kurangnya 5,000 suspek sambil berikrar akan meneruskan usaha membanteras laman web tidak bermoral serta bahan lucah yang disebarkan melalui telefon bimbit.
“Sehingga November lalu, kami sudah memeriksa 1.8 juta laman web dan menutup lebih 60,000 laman tidak bermoral yang menyebarkan gambar lucah,” kata Menteri bagi Pejabat Media, Wang Chen.
Beliau berkata, 58 orang dipenjarakan selama sekurang-kurangnya lima tahun atas kesalahan membabitkan laman web lucah dan bahan tidak bermoral dalam telefon bimbit.
China yang mempunyai kira-kira 450 juta pengguna internet dan paling ramai di dunia, melaksanakan sistem penapisan ketat dikenali ‘Great Firewall of China.’
lemonais : Malaysia bila lagi??? Ntah bila agaknya kan. China rakyat yang bertimbun-timbun pon boleh selesaikan masalah. Bermakna menteri diorang semua buat kerja. Ni tidak, duduk goyang kaki tunggu projek masuk semata-mata nak membesorkan tembolak anak dan keturunan. Malaysia dari dulu kini selamanya tak habis-habis dengan kes video lucah sehingga ke rogol-merogol.
Baru-baru ni kawan saya dari Amerika mengatakan, Malaysia menduduki ranking pertama diantara negara-negara lain dalam penggunaan Facebook. Oh ! sangat malu aku dengar bila dia sebut macam tu. Seolah-olah Malaysia ni macam orang jakon. Bilalah agaknya Malaysia nak berubah.. heemm.
Pastu yang kedua Malaysia duduk rangking ketiga di antara negara-negara yang kerap melayari laman web lucah. menunjukkan menteri ni tak buat kerja. Bila cakap je berapi. Kata nak basmi hitu hini la gejala sosial la dan keruntuhan akhlak. Tapi dalam ranking, Malaysia la yang duduk atas sekali. Harap-harap rakyat Malaysia malu bila tahu perkara ni.
Skandal Seks Malaysia 2011.. UMNO sudah busuk dan jijik lagi bau tengik.

Nak ikotkan dah meluat aku tengok pimpinan UMNO dengan rakyat UMNO. Tak dok langsung sifat kepimpinan. Seolah-olah hidup macam pekerja kilang. Ikot suka dia je nak buat apa. Merogol anak orang, memBOM orang, yang ni pulak tak cukup orang Malaysia nak rogol, bahan orang Indon pulok.
Apa nak jadi la puok-puok UMNO ni. Ginilah jadinya kalau hidup tak ikut cara Islam. Cukuplah kepada rakyat Malaysia yang sokong UMNO. Tak berasa bersalah ke undi UMNO ni??? bukak la minda tu luas-luas, jangan tengok UMNO kasi duit straight kata depa orang ni baik, suka menolong, selalu bagi duit RM300. Tak payah la nak sokong UMNO lagi. Undilah PR untuk keamanan, kesejahteraan, keadilan rakyat Malaysia. Hidup berpandukan Al-quran dan Sunnah lagi aman daripada hidup dengan duit yang bertimbun-timbun.
Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah yang seakan-akan budak hingusan. Lim Guan Eng kata isu yang lama sudah selesai pon mereka nak soseh-sosehkan lagi dalam akhbar. Itu semua sengaja kononya nak mengkaburkan pandangan mata rakyat. Rakyat Malaysia lepas ni, banyakkan dengar ceramah, baca surat khabar Harakah. Jangan asyik duk mengaji dengan tok guru TV1, TV2, TV3 suku dan sohibussamahah Astro. Cukuplah dengor berita-berita dari mulot dioang. Lain yang berlaku, lain pula yang keluar.
Undilah Pakatan Rakyat lepas ni. Hapuskan UMNO dalam hidup anda... Anggap UMNO tiada lagi di bumi ini..


Sabtu, 1 Januari 2011
PMRAM Kecewa Dengan Isu Yang Menimpa BKAN Melaka

KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).
Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.
Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.
Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.
"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.
Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.
Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.
Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.
Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Rabu, 29 Disember 2010
Hisbah PMRAM : Selamat Tahun Baru 2011, Tahun Jauhi Maksiat

Selamat menyambut tahun baru kepada semua pelawat blog hisbah khususnya mahasiswa-mahasiawa yang berada di bumi Mesir. Kedatangan tahun baru masihi sangat dirasai oleh kita semua disebabkan penggunaannya yang lebih meluas dan lebih biasa, adapun tahun baru Hijrah sudah lepas beberapa hari yang lalu dan tidak dirasai oleh orang-orang yang kurang mengambil tahu tarikh-tarikh penting dalam Islam.
Sempena malam sambutan tahun baru ini pada malam 31 Disember ,Unit Hisbah PMRAM dengan kerjasama seluruh cawangan akan mengadakan Operasi Gempur Dakwah Countdown 2011 yang mana akan menyaksikan mahasiswa di sini akan bersiar-siar dan menyambut tahun baru bersama rakan-rakan ataupun kekasih.
Statistik tahunan yang dihitung oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawasanya kenaikan kelahiran anak luar nikah di Malaysia meningkat sebanyak 44% sepanjang 4 tahun dai 2005 hingga 2009, dan kebanyakan anak-anak luar nikah ini adalah hasil dari hubungan seks yang dilakukan pada malam-malam perayaan seperti Valentine Day, malam Merdeka, Hari Krismas dan pada malam sambutan tahun baru, tidak terkecuali remaja-remaja yang menuntut di luar negara turut menyumbang kenaikan statistik tersebut.
Operasi itu akan menemui mahasiwa yang berada di tempat-tempat sasaran dan di edarkan risalah ataupun poster berkaitan dan pasangan-pasangan couple akan di ambil keterangan dan diberi kaunseling.

Bertepatan dengan tempoh yang hampir dengan peperiksaan yang akan menjelma ini kami menyeru kepada kita semua supaya tidak menjadikan sambutan tahun baru ini untuk melakukan maksiat, sesungguhnya orang-yang selalu melakukan perkara yang mendekati zina akan tidak segan melakukan zina.
Bebaskan diri anda dari maksiat, selamat menepuhi peperiksaan yang akan datang, fokus dalam mengulangkaji pelajaran dan sempurnakan dengan munajat kepada Allah supaya mendapat kejayaan yang diredhai Allah.
Bittaufek wennagah !!
Kejayaan sebenar ialah kejayaan yang diredhai oleh Allah..
Oleh : Ketua Unit Penerangan Hisbah Pusat
Ahad, 26 Disember 2010
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook

Menurut pemerhatian saya, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?
Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.
Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.
Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.
Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.
Harap Maklum.
dipetik dari : Carigold Forum

