Selasa, 1 Februari 2011

Protes Di Mesir Semakin Memuncak, Malaysia Lembab Pindahkan Pelajar !!!

Rakyat Mesir kembali berkumpul untuk di Kaherah sebagai usaha meningkatkan tekanan untuk menurunkan Presiden Hosni Mubarak dari kerusi kekuasaan.

Gambar: Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin

Pihak pengelola protes berharap sekitar satu juta orang yang turun ke jalan-jalan, yang akan menjadi protes terbesar sejauh ini. Keadaan serupa juga direncanakan di Iskandariah.

Sementara itu pihak tentera Mesir berjanji tidak akan menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan.

Wartawan BBC, Lyse Doucet, di Lapangan Tahrir, Kairo mengatakan rakyat massa yang hadir lebih besar dari hari-hari sebelumnya.

Pernyatan tentera menjadi pukulan besar bagi Presiden Mubarak dan tampaknya membuat para penunjuk perasaan tetap semangat dan memenuhi pusat ibukota Kaherah.

"Kami di sini untuk menyampaikan satu pernyataan. Kami tidak akan pergi sampai Mubarak mundur," kata Tarek Shalabi, seorang pengujuk rasa, kepada BBC.

Sejumlah pengunjuk rasa bermalam di Lapangan Tahrir sejak Isnin dengan mengatakan akan tetap berada di sana sampai Mubarak mundur.

Sementara itu, keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.

Bagaimanapun Timbalan Setiausaha pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Nik Nur Fariha Mohamed Zalami berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku dalam insiden berkenaan.

Menurut pelajar tahun empat Universiti Mansurah itu, keadaan di bandar utama Mesir iaitu Kaherah dan Iskandariah yang kini dipenuhi dengan ribuah penunjuk perasaan berada dalam keadaan luar kawalan dan membimbangkan.

PAS sebelum ini telah mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air, lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.

"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat berkata pihaknya kesal dengan kelembapan kerajaan khususnya Wisma Putra dalam memberi respons balas ekoran krisis politik di Mesir yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama pelajar.

Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa kerajaan menyegerakan bantuan makanan kepada para pelajar dan mengambil langkah-langkah lain yang sewajarnya.

Selain itu, beliau menggesa kerajaan membawa pulang pelajar dengan segera melalui penerbangan dibawa oleh Malaysia ataupun secara alternatif menggunakan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau kapal-kapal swasta boleh dimanfaatkan.

“Angkatan Muda yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia seluruhnya tidak mempunyai ruang untuk berkompromi dengan kelembapan tindakan yang berpotensi mengancam nyawa pelajar-pelajar Malaysia di sana,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Gesaan itu sebahagian daripada desakan pelbagai pihak agar Wisma Putra bertindak segera membantu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Pemuda Barisan Nasional juga memberikan gesaan sedemikian semalam.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama.

Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Indonesia telah menghantar pesawat Boeing 747-400 Garuda Indonesia ke Mesir untuk mengevakuasi para pelajar mereka.

Sedangkan kerajaan Malaysia masih terhegeh-hegeh dan terkial-kial untuk menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Asia Barat untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Beberapa orang keluarga pelajar yang bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka telah menghubungi GB sebentar tadi dan menyatakan kekesalannya dengan kelembapan kerajaan Malaysia bertindak.

"Diberitakan hanya pelajar perempuan akan dievakuasikan, itu pun menggunakan kapal TLDM," ujar seorang bapa kepada pelajar yang menuntut di Mesir.


Mesir: Pemimpin dunia perlu ambil iktibar

KOTA BHARU, 1 Feb: Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada pemimpin di negara lain agar tidak bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya menzalimi mereka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas perkembangan rusuhan yang berlaku di Mesir itu.

Katanya, kemenangan yang mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Akibatnya, jelas Tuan Guru lagi rakyat telah memprotes kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi di negara itu walaupun pada zahirnya mendapat undi yang besar.

Sambungnya, rusuhan itu sebenarnya satu mesej yang besar terhadap mereka yang menipu rakyat.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya. -harakahdaily







Tiada ulasan:

Catat Komen