Sabtu, 11 Disember 2010

Jerat kata-kata "Wanita jangan jadi BIMBO".

Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini.Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo?Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari.Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.

Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.Wanita mudah lemah dengan pujian.Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina.

Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo."Ala, bukan semua wanita macam tu".Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah.

http://api.ning.com/files/ue64vjw-9pxy2SsZLUL2JmAGSmLWBSepDqnU2-C1aUg9BjFEo6MHo5UGOo2RTiCRX0KOzL9qXAoDAb5cEIrdnFRMkb9VsW4i/Muslimah.jpg

Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.Kerana apa?Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.

Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sebelum kamu menjadi halal untuknya.

Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik.Kenapa? Kerana mereka bimbo.Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar.

Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata.Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.

Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.

Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan.Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda.

Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian.Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih, lemah seluruh sendi.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.

Nilailah pujian berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.Akibatnya lebih kepada merendahkan maruah diri. Usah menjadi bimbo, sebaliknya nilailah sesuatu pujian secara matang.

sumber

Jumaat, 10 Disember 2010

Adik Sofiyatul Ulya telah pergi. Al-fatihah..

Hiba melihat wajah adik Sofiyatul Ulya ketika menanggung penderitaan.

Takziah diucapkan kepada Ust Mohd Faizol Endut dan keluarga atas pemergian anak perempuannya semalam akibat diserang penyakit jangkitan paru-paru sekian lama. Dan tahniah juga diucapkan kerana anakmu menanti menghulurkan tangan di syurga untuk menyambut kalian. Moga-moga Ust Faizol dan keluarga tabah atas musibah yang menimpa. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Mudah-mudahan disebalik musibah dan ujian itu ada hikmatnya yang tersendiri.

Ingatlah wahai insan-insan, bahawasanya mati itu adalah satu perkara yang paling hampir dengan kita semua. Janganlah sama sekali kita lalai akan hasutan dunia yang 1001 macam jenis yang boleh menjerumuskan diri kita untuk membeli tiket ke neraka. Ingat firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Tidak ada seorang manusia pun yang tahu bilakah tarikh dan hari mati mereka. Sekiranya mereka tahu, tidak ada seorang pun yang berani untuk melakukan maksiat. Kalau kita lihat dunia sekarang ini khususnya di Malaysia yang paling hampir dengan kita, bermacam-macam masalah dan keruntuhan akhlak moral yang berlaku kepada rakyat sangat-sangat keterlaluan. Ada disana, kes buang anak, minum arak, sumbang mahram dan sebagainya kalau nak ditulis kat sini memang tak habis.

Namun begitu, fenonema yang berlaku sekarang ini masyarakat umum memandang ianya perkara biasa. Akan tetapi mereka tidak memikirkan bahawasanya perkara biasa itulah adalah tanggungjawab mereka. Kerana apa?? dalam satu hadis nabi menyebut "barangsiapa yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka dengan hati dan itulah selemah-lemah iman"

Oleh itu saya mengajak semua untuk sama-sama kita ingat akan kematian. Kerana nabi bersabda "orang yang sentiasa ingat akan mati, maka dia adalah orang yang cerdik". Jangan kamu fikir tiada siapa yang melihat akan setiap kelakuan kamu itu. Sesungguhnya Allah taala telah mengutuskan malaikat Roqib dan Atid untuk mencatat segala kebaikkan dan keburukkan kamu. Tiada ada alasan bagi kamu untuk mengelakkan diri ketika di hari pembalasan kelak. Oleh itu, sama-sama kita tingkatkan amalan dengan menunaikan segala kewajiban yang ditetapkan oleh Allah disamping menambahkan pahala untuk bekalan kita di padang mahsyar nanti.

Khamis, 9 Disember 2010

Apabila anda...

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

http://bisnisukm.com/wp-content/uploads/2010/09/motivasi-belajar-dari-kesalahan.jpg

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yannnnng Satu.

http://farm3.static.flickr.com/2432/3944534879_9f7ff5b355.jpg

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Ya allah berikan aku kekuatan untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri demi berjuang untuk agama mu ya Allah.

Akibat mempersendakan al-quran.

“PAGI itu sekolah kecoh. Nadia dan Aiman ditangkap basah! Cerita ini disampaikan terus oleh Fazli yang turut berada di tempat kejadian. Malah dia sempat merakamkan perbuatan sumbang rakannya itu. Menurut Fazli, mereka ditangkap oleh penduduk kampung di dalam semak tanpa seurat benang pun.

Sebenarnya, kami memang sudah maklum dengan perangai Nadia yang berlagak alim depan ibu bapanya dan guru-guru di sekolah. Malah, sikap Nadia yang gemar menabur fitnah dan mengadu-domba itu menyebabkan rakan-rakan sekelas menjauhkan diri daripadanya. Salah seorang mangsa fitnahnya ialah rakan baikku sendiri iaitu Ainun. Disebab fitnah itu jugalah Ainun pernah diugut akan dicederakan oleh Aiman.

Oleh kerana tidak tahan difitnah dan diugut, akhirnya Ainun mengadu kepada cikgu kaunseling tentang perilaku Nadia yang sering ponteng sekolah untuk berasmara dengan kekasihnya. Dakwaan Ainun itu diperkukuhkan dengan sms yang dihantar sendiri oleh Nadia. Melalui sms itu Nadia memaklumkan dia tidak ke sekolah kerana keluar bersama Sham ke Bandar. Sham merupakan teman lelaki Nadia yang kedua. Cikgu kaunseling menelefon bapa Nadia bagi memaklumkan perkara tersebut. Bapa Nadia berjanji akan menyiasat perkara berkenaan.

http://buzfairy.files.wordpress.com/2010/09/al-quran-al-kareem-2.jpg

Beberapa hari kemudian, ibu bapa Nadia datang ke sekolah untuk berjumpa cikgu kaunseling. Ibu bapa Nadia mendakwa Ainun sengaja memfitnah anak mereka. Bagi membuktikan anak mereka tidak bersalah, ibu bapa Nadia menyuruh Nadia bersumpah dengan menjunjung Al-Quran dan Nadia melakukannya. Kemudian, cikgu kaunseling memanggil Ainun dan menyuruh dia melakukan perkara yang sama seperti Nadia lakukan sekiranya dia bercakap benar. Namun demikian, Ainun enggan menjunjung Al-Quran. Ainun tidak mahu mempermainkan kitab suci itu.

Keengganan Ainun itu membuatkan cikgu kaunseling berang. Dia bertempik menyuruh Ainun mengaku bahawa dia sengaja memfitnah Nadia. Cikgu menyuruh Ainun memohon maaf kepada Nadia dan ibu bapanya tapi Ainun berkeras mengatakan dia bercakap benar. Sikap Ainun itu menyebabkan cikgu kaunseling hilang sabar lalu memukul belakang Ainun di hadapan pelajar-pelajar lain. Ainun hanya mampu menangis tetapi masih bertegas bahawa dia tidak memfitnah Nadia.

Semenjak kejadian itu, beberapa orang guru dan pelajar mula memandang serong kepada Ainun. Sebagai sahabat, aku menenangkan Ainun dan menasihatinya supaya bersabar serta melakukan solat hajat. Doa orang teraniaya sangat makbul. Memang benar janji Tuhan. Hanya seminggu selepas kejadian itu, Nadia dan Aiman ditangkap basah dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

Keesokan harinya, ibu bapa Nadia datang ke sekolah untuk memindahkan anak mereka dari sekolah itu. Cikgu kaunseling pula datang ke kelas untuk meminta maaf kepada Ainun di hadapan pelajar-pelajar lain. Wajahnya seperti hendak menangis. Ainun tidak berdendam dengan cikgu. Dia memaafkan kesalahan cikgu kepadanya. Malah dia berasa kasihan pula kepada Nadia dan ibu bapanya. Sebagai sahabat, kami berharap semoga Nadia insaf atas segala perbuatan kejinya sebelum ini. Mudah-mudahan Nadia berjaya di sekolah baru.

maellemon: Kejadian yang boleh diambil sebagai pengajaran, orang yang menggunakan AL-QURAN untuk bersumpah tidak semestinya dia orang yang bercakap benar …dan doa orang yang dizalimi itu sangat mustajab doanya …. kita yang ALLAH SWT memberi akal berfikirlah dengan sebaiknya. :D


Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432...Doa akhir tahun dan awal tahun.

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs600.snc4/58032_1407476361536_1671262124_781362_2124498_n.jpg

Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginga sekalian. Ya Allah wahai tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya dan Engkau berlembut dengan tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka, kami mohon diperkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.



Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak 3X selepas masuk waktu maghrib 1 Muharam.
Selepas doa awal tahun dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs600.ash2/155212_1407476481539_1671262124_781363_8159621_n.jpg

Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginga sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan tuntutan nafsu amarah. Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

maellemon :-
Hijrah kita bukan hijrah naik unta,
mencari tempat selamat untuk menyembah Tuhan.
Tetapi hijrah kita hijrah hatiubah sikap dan baiki diri...
Bukan tempat jadi halangan untuk besarkan Tuhan,
tapi hati yang belum tertempa untuk jinak dan bermanja dengan Penciptanya.
Hijrah kita tanpa unta,
tanpa perlu berjalan di tengah panas membara,
tanpa perlu takut dikejar musuh durjana,tapi...
Hijrah dari alam gelap ke alam cahaya.
Alam leka ke alam jaga.
Dari fantasi ke alam realiti.
Inilah kehidupan yang sementara sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.
Hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik.
Kerana terlalu banyak sikap tak baik yang kita masih jaga dengan baik.

Di pejabat...
suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
usik sana usik sini dah tak rasa berdosa lagi
orang Kedah kata dah "mangli"
Sedangkan malaikat tetap tidak peduli
sentiasa mencatit segala amal diri yang mulia atau keji...
Suka buang masa pun perlu kita hindari
maklum saja zaman IT
dok chatting tak henti - henti...
guna komputer yang majikan bagi
soal amanah dah tolak tepi
dah tak ingat mati bila-bila boleh mari.
Hijrah ibarat berpindah ke rumah baru
Benda tak berguna jangan dibawa sama,
tinggalkan di tong sampah selayaknya.
Hanya yang baik-baik dan yang berguna saja kita bawa.
Demikian penghijrahan diri yang sepatutnya.
sikap-sikap yang berserabut dan berdebu buanglah jauh-jauh.
Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk,suka menyampuk, suka mengamuk...
janganlah kita simpan lagi
perangai-perangai ini macam memelihara barang antik yang kita perasan cantik dan antik,
tapi orang lain rasa benci dan getik.
Mazmumah itu bagaikan penyakit kanser,
semakin dipendam semakin parah.
Kalau kita masih sayang dan nak sehidup semati dengannya... apakan daya.
Tahun Baru Hijrah yang menjelma,
sambutlah dengan azam dan semangat baru...
dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik.
Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.
Minat mengumpul dan menyimpan sikap 'antik',
eloklah diganti dengan usaha memulihkan penyakit,
sebelum hijrah kita yang terakhir...
dari dunia yang fana' ini
ke Alam Baqa yang kekal abadi.
Waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!

maellemon : salam maal hijrah diucapkan kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia. Mudah-mudahan masuk tahun baru pada kali akan menjadikan tahun yg lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Insyaallah sama-sama kita memohon doa kepada Allah untuk memberi yang terbaik kepada kita semua di dunia mahupun di akhirat.

~SALAM MAAL HIJRAH 1432~

Ahad, 5 Disember 2010

Harga minyak naik lagi !!! Tahniah Dato' Najib kerana berjaya membebankan rakyat.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEif1aHVydBlhW7sD7YNpzpfOIQ_jTjwP9a_gpj6GKPC4jsRjFNHvIv6IwHeR7rkk2MV44p74R25tdMsWhNIO_hkK1XU4g7zsCFpynyucsG9x9OlP4zzamNQz69qDtBx3NpBYL5nwenMK_I/s1600/petrol.jpg

Perbandingan Harga Minyak di Negara Pengeluar Minyak Dunia :-


1.United Arab Emirates - $0.37/liter/ RM1.22 seliter

2.Baharin - $0.27/liter/RM0.89/liter

3.Qatar - $0.22/liter /RM0.72 /liter

4.Kuwait -$0.21/liter /RM0.69/liter

5.Libya - $0.14/liter / RM0.46/liter

6.Arab Saudi - $0.12/liter / RM0.39 /liter

7.Iran - $0.11/liter /RM0.36/liter

8.Nigeria - $0.10/liter / RM0.33/liter

9.Turkmenistan - $0.08/liter / $M0.26/liter

10.Venezuela - $0.05/liter / RM0.16 /liter

11.Malaysia- RM 2.10/liter (RON-97)

Dari data diatas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak diatas, harga minyak adalah dibawah RM1.10 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari. Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi Malaysia pada 2.70 sen? Bukankah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika Dato Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak dikekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di Iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak. Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan disana sini?

Subsidi minyak yang ditanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun. Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk mengurangkan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segeranya ia akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-

Allocation untuk mega projek:-

Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu diutamakan? Kebajikan rakyat atau projek mega?

Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagai man a projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut? Perlu diingat bahawa disamping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain.Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?

Kepada pengundi-pengundi semua tepuk dada tanya selera. Undilah PR... BN=barang naik, BN=baru naik, BN=banyak naik, BN=bini najib, BN=banyak noo...bla3x



Berikutan Isu Zakat Terengganu Mesir : KPT Serah Laporan Salah Laku Pegawai Kepada TYT Duta.

Mohandesein, 1 Disember 2010: Kunjungan hormat Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT), Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) menggeratkan lagi hubungan antara KPT Mesir dengan pihak KBMK yang sudah sedia terjalin selama ini.

Perjumpaan tersebut yang diketuai oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime turut dihadiri oleh semua YDP Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir begitu berbesar hati menerima kunjungan rasmi dari pimpinan PMRAM dan YDP BKAN.

“PMRAM dan BKAN merupakan medan yang terbaik bagi mahasiswa-mahasiswi melatih bakat kepimpinan dan menimba pengalaman berpesatuan” ujar beliau yang juga merupakan mantan YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah sekitar tahun 70an.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan kebajikan mahasiswa, isu keselamatan, pendidikan dan permasalahan yang berlaku di setiap BKAN.

Pada akhir perjumpaan tersebut, YDP KPT Mesir Saudara Riduan bin Abu Bakar telah menyerahkan satu draft laporan berkenaan dengan sikap tidak profesional pegawai dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa Terengganu kepada TYT Duta.

Pihak KPT Mesir mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti yang sudi menerima kunjungan YDP BKAN. Ini membuktikan hubungan yang baik antara KPT Mesir dan pihak KBMK semakin kukuh.