Isnin, 10 Januari 2011

"Rakyat Malaysia digesa kurangkan makan bawang". Kementerian



BERITA 1

Harga bawang naik dua kali ganda

KUALA KANGSAR- Harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini.

Kenaikan harga yang tidak munasabah itu telah menyebabkan ramai pengguna di daerah ini merungut dan mempersoalkan kewajaran tersebut kerana membebankan mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kenaikan ini berlaku di hampir semua pasar serta kedai runcit di sini.

Misalnya, bawang putih yang kebiasaannya dijual antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram telah naik hingga RM10 sekilogram.

Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram.



Menurut pengguna, kenaikan ini telah berlaku sejak sebulan lalu dan ada kedai tidak lagi menjual bawang disebabkan kenaikan harga yang terlampau tinggi.

Seorang peniaga kedai runcit, Salleh Mohamad berkata, kenaikan harga bawang berpunca daripada kekurangan bekalan yang tidak dapat dielakkan.

''Saya sendiri membeli bawang pada harga tinggi dari pembekal dan sebab itu saya terpaksa menjualnya pada harga agak mahal juga," katanya.

Tambah Salleh, minyak masak paket juga sukar didapati di pasaran dan hanya minyak masak dalam botol sahaja yang ada.

''Mungkin bekalan minyak masak paket ini akan terputus dalam pasaran dan ia mungkin taktik pemborong untuk menaikkan harga barangan ini," katanya.

Seorang penjual nasi lemak, Asmah Musa, 50, pula memberitahu, kenaikan harga bawang dan santan kelapa menyebabkan kos membuat nasi lemak meningkat, sedangkan untungnya tidak seberapa.

''Saya menggunakan tidak kurang satu kilogram bawang putih dan bawang besar serta dua kilogram santan kelapa setiap hari. Saya tidak boleh menaikkan harga nasi lemak kerana nanti pelanggan saya akan lari," katanya.

Oleh itu, mereka meminta pihak berwajib memantau kenaikan harga barangan tersebut yang tidak munasabah dan mengambil tindakan ke atas peruncit atau pemborong terlibat. - SH

BERITA 2

Kurangkan bawang dalam masakan

MELAKA 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Melaka hari ini meminta orang ramai mengurangkan pengunaan bawang ekoran harganya yang naik sehingga sekali ganda sejak empat minggu lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abd. Hafidz A. Rahim berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan ke atas pemborong kerana bawang adalah barang makanan yang diimport.

Menurutnya, bagi barang-barang makanan yang diimport harganya ditentukan oleh kadar yang ditetapkan oleh negara pengeluar.



''Pada masa ini bekalan bawang yang kita import dari India amat berkurangan bukan sahaja di Melaka tetapi di negeri-negeri lain kerana masalah banjir yang melanda negara itu.

''Keadaan itu menyebabkan pengeluaran bawang untuk dieksport berkurangan kerana banyak tanaman bawang rosak dan secara tidak langsung negara kita turut terkena tempias kekurangan bekalan itu.

''Apabila bekalan kurang, harga akan naik mendadak dan soal pemborong menyorok bekalan adalah tidak logik kerana jika mereka sorok bawang akan cepat rosak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenaikan harga bawang turut dirasai penduduk di negeri ini apabila tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati harga bawang besar naik antara RM5 dan RM6 sekilo berbanding RM3 sekilogram bulan lalu.

Manakala bawang kecil pula pada harga RM9 sekilogram.

Mengulas lanjut, Abd. Hafidz berkata, langkah mengurangkan penggunaan bawang dalam masakan terpaksa dilakukan bagi mengelak orang menanggung beban ekoran kenaikan harga bawang yang tidak munasabah.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai kerana kenaikan harga bawang besar dan bawang kecil yang disifatkan cukup membebankan.

''Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemborong dan peruncit menurunkan harga bawang. Ini terjadi kerana masalah bekalan yang tidak mencukupi," ujarnya.

BERITA 3

Harga Bawang Naik Melambung, Minyak Masak Kering Di Pasaran

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.



Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di
SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di
KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di
PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di
ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.
Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di
JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di
KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di
SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di
MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di
KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di
KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di
KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.

Syabas !!! Lebih 30 ribu banjiri Stadium Melawati






Shah Alam : Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.


Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.


Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini,
Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -Hrkh

Lagi gambar sekitar program :-
































(Bob Lokman turut hadir bersama ribuan rakyat Selangor!..)




Jumaat, 7 Januari 2011

Tudung litup atau tudung fesyen ???

wanitahejab

Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya ?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)

Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.

Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?

Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTjsYnvhhXLQFFrIfhXQX-a1Hcih7etEX0ghawHnMPK2oUej_mP3Rkq4lffQn7KsfeEaJDNpRP6OPjQ9d7PSv2OAaGitA6z_SeEhy1qgYfw0ZplHJEQMSPJve87qpo3EKqujo6LxtGf2Y0/s1600/fesyen+tudung+20111.jpg

Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?

Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?

Jilbab adalah saksiyyah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK5B5AARw4RXmk5vs_p_YTj7cYANePzs0d6hujrjMFOdbthWdndHm3dgWo2Q7NVAaVQFkmuFP1w9pw-aG0d-pPXTvIcZVfzFI0BMDOauhoRcxNmkfW6deWokR6GtRyL8b51Rze1rDbp55w/s400/siti+nurhaliza.gif

Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. Ketika kita sudah memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.

Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqUMIDlojTbuOYLq6e_gaTz3TwFta-oL_3R7F1KjcWdAA9XGXyxbnVMlJbZDCj0hO28HJwHlG1j4YDIHWcWIY0NQJsN2Q3hfRC11TNDvWEYeep5v910TkP2wO3xYLj0nNeixocRRGUUuo/s400/wan6.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGAvErM8OBCjiRlH93QpcWn2Shs1p9Rgacx_2WlsbKbpiSkl29mmjGxxkqAkkKGXAx9gXZZXQY2rPTb5yAVewNpYxcwh2fSUXjcXb_xz4VjjDCMEpoDRVJe6ogpHM55ytsm-0nqNLOsEYh/s400/6.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2IHqKuuwOM0VgYE_V9wjcFwjb9I5SzUT_LcNUEq-Ml29Y3UmBJBB5TSKWlgIhGbAIMXE9DxJ9U8ExU_0_qi1xDp9_UgfmZl5jsaIJDtCnus1RZYUPCFeIaK0ioNbyviPfF8ANiKlhwKTU/s1600/tudunglabuh.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDh2z3-uq6u_hCPS7saiD4tLvzDgGcIVnTOEF8bzBp-H_3yYrhVgn2w221Zuiu8SzwL2PfXmh_ozyMDG5IdkET_vKFx1RR7oy_WXwkiSrD76uXCxxSdjWPpJJDNNZnAnJfHkoBqFo0tTqB/s400/tudung+labuh+instant+koshibo+nila.jpg

Khamis, 6 Januari 2011

Gulus-gulus padi walangkopo.

Hampir seminggu menghidap batuk-batuk. Badan pun rasa tak larat, makan pun tak berapa nak lalu. Time batuk gegaran badan hampir mencecah 2 sekalarektar persegi. Tapi masa batuk ni la aku bahang air gas semacam. Haduhh kenapa ko ni degil sangat ek mael.. Dengarlah nasihat orang tu, jaga kesihatan.. jangan ikut suka je makan sembarangan.. hemmm

http://meetabied.files.wordpress.com/2010/08/batuk.jpg

Lebih kurang 3 bulan sesi kelas telah pun berlalu. Tapi aku exam bulan 6. Lambat lagi. Kadang pejam celik tak lambat dah, sedar-sedar dah nak exam. Tak ke naye aku kalau macam tu. Tapi takpe la, kelas masih diteruskan lagi. Mesti kena pergi. Jangan ponteng-ponteng. Kalau ponteng nanti rugi. Sebab sekali kita tinggalkan kelas, banyak ilmu yang cikgu ajar jugak melepaskan. Jangan lepaskan peluang depan mata. Gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Jangan jadi orang yang malas. Orang yang malas akan gagal. Tapi kalau orang rajin gagal jugak macam mana tuh?? Gagal orang yang rajin tak bermakna gagal sampai bila-bila. Tak bermakna jatuh sekali jatuh selama-lamanya. Bahkan jadikan gagal itu sebagai satu peringatan supaya tidak akan gagal selepas itu.
http://drmarzuki.files.wordpress.com/2009/05/periksa.gif

Oleh kerana aku exam lambat lagi, akan tetapi abang-abang akan exam beberapa hari lagi. Kemungkinan mereka semua sedang menanti debaran untuk pertama kali masuk imtihan bagi tahun 1 dan persediaan bagi yang tahun lain. Ada yang menghitung hari, ada yang resah seolah-olah tidak percaya imtihan hampir dekat. Tapi tak mengapa, kalau anda berusaha maka dapatlah apa yang anda cita-citakan.

Akan tetapi jangan lupa untuk sentiasa berdoa pada Allah, banyakkan bangun malam. Mohon padaNya supaya diberi kemudahan untuk menjawab soalan-soalan nanti dan juga mohon najah dalam imtihan. Insyaallah ambe pun tak lupa juga untuk doakan kalian semua agar najah dalam imtihan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kalian semua. Ameen Insyaallah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKm2gIsS5XUgx191IXq-YGmsRClRiEyCwCS4LykMD6fOfb3RVebTsGREfcB9k0u-aBCk3Gjnpc3js1D7w9IFETmQ7byST5s0xE-E4RigIBOzNcDJ8pgNlvgtsEngl6ottQD8eA0RZRbssU/s320/3244114490_301864b69f.jpg

Macam-macam ada...

Hari baru, tahun baru, masa baru sudah macam peristiwa yang berlaku. Krisis yang melanda BKAN Melaka pun belum selesai lagi., Kejadian pengebomn di Iskandariah baru-baru ini, isu pelantikan SUK Selangor, kenaikkan harga barang, yuran sekolah dan harga minyak berlaku di Malaysia. 1001 macam masalah yang berlaku di dunia sekarang ini. Apa yang diharapakan selama ini supaya tahun baru menjadi tahun yang lebih baik dari lepas, sebaliknya lain pula yang jadi.

Namun begitu, kemungkinan datangnya ujian ataupun bala bencana dari Allah ini ada hikmahnya. Mana mungkin Allah menurunkan bala ini untuk saja-saja memberi seksa kepada orang-orang yang beriman kepadaNya. Bahkan Allah taala menguji hambanya semata-mata untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t. Kalau kita lihat fenomena yang berlaku pada masa ini seakan-akan haruk pikuk haru biru dengan manusia-manusia 1001 satu macam perangai.

Tanda-tanda kiamat sudah terzahir depan mata kita semua. Apakah kita tidak sedar lagi sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang suci ini. Islam yang membawa erti yang cukup untuk sekalian manusia di atas muka bumi Allah taala ini. Al-quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad bertujuan untuk panduan hidup seluruh umat manusia. Kembalilah !!!

Kronologi BKAN Melaka
Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan kes delegasi kerajaan negeri Melaka ingin menghapuskan persatuan anak-anak Melaka Mesir (BKKIMM) dan membuat persatuan baru yang dikenali sebagai IMAM. Sedangkan persatuan yang lama bertampuk di Mesir ini sudah banyak memberi kebajikan kepada anak Melaka. Apakah tidak cukup lagi dengan persatuan yang ada ini? Apakah makhluk-makhluk yang cuba untuk menghapuskan kesatuan anak-anak Melaka di Mesir ini semata-mata bertujuan untuk kepentingan politik sempit mereka? Tapi yang pentingnya ialah pegawai yang ditugas untuk menjaga kebajikan anak-anak Melaka disini seakan-akan menjadi batu api kepada kerajaan Melaka.

Adakah kerajaan Melaka ingin melihat mahasiswa Melaka semua bangkit seperti yang berlaku terhadap mahasiswa Terengganu baru-baru ini atas salah laku pegawainya??? Sekiranya mahu, teruskan perangai buruk dan niat jahat anda itu. Kemungkinan mereka semua tahu siapakah mahasiswa sebenarnya. Kuasa mahasiswa tiada siapa yang berani tahan. Kini mahasiswa tidak mudah-mudah lagi untuk digula-gulakan.

Terbaca berita baru, katanya perlembangan IMAM sudah siap??? Ye ke?? Kalau benarlah, adakah perbuatan jahat kerajaan Melaka ini diteruskan? Namun begitu, walau apa pun yang terjadi, anak-anak Melaka bertekad bersatu tidak akan sama sekali menerima persatuan baru ini. Oleh itu, kepada mahasiswa/wi Mesir sama-sama kita doakan supaya Allah memelihara persatuan BKKIMM yang telah banyak berjasa kepada anak-anak Mesir.

Nak tahu lagi apa yang terjadi. Sila layari blog akumakmum.

Selamat datang orang baru
Tanggal 28 Muharam 1432, bersamaan 3 Januari 2011 pukul 5.30 pagi di Hospital Taufiqiyyah maka lahirlah dua insan kembar yang suci bersih lagi murni serentak telah lahir ke bumi. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mujahid Ir Fadzil dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang diberi nama Muhammad Taufiq dan Nurhidayatina. Indah sungguh nama mereka.. Kembar pulak tu.. hehe.. Kalau dulu ada orang-orang tua kata, anak kembar ni membawa tuah. Tu kata orang tua-tua dululah. Tapi kata orang muda sekarang, tak mengapalah, tuah ke apa ke yang penting anak-anak yang dilahirkan selamat.

Tak kiralah kata-kata siapa pun, apa yang diharapkan dengan lahirnya mujahid dan mujahidah ini dapat menambahkan lagi tentera supaya dapat meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara yang kalau kita lihat sekarang ini tidak tahu kemana hala tuju. Moga-moga ibubapanya mendidik anak-anak ini sehingga menjadi anak soleh dan solehah. Anak yang memberi manfaat kepada masyarakat disamping menyebarkan dakwah demi menegakkan kalimah Allah yang maha suci.

Juga mudah-mudahan dengan adanya orang baru dalam keluarga Ustaz Mujahid dapat menambahkan lagi kebahagian keluarga disamping isteri yang tercinta. Ibubapa yang baik akan mendidik dan mencorak anak menjadi insan yang baik.

adik Nurhidayatina

adik Muhammad Taufiq

Ibnu Ir Fadzil

Rabu, 5 Januari 2011

Rais nak buat perangai macam Najib jugak.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

rais yatim pc 020709 01Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya. Malaysiakini

Tahniah dapat orang baru.

KAHERAH, 3 Januari – Pada pagi tadi,dua orang lagi cahaya mata selamat dilahirkan di hospital Taufiqiah,Kaherah. Menurut saudara Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil,isterinya telah selamat bersalin pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Menurutnya juga,isterinya,saudari Shahidatul Akmal Mohd Dahalan dan kedua-dua bayi tersebut berada dalam keadaan sihat setelah melakukan pembedahan.

Kos pembedahan bagi melahirkan anak kembar berlainan jantina tersebut telah menelan belanja LE 2500.00. Oleh itu,kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah terus menghubungi saudara Amirul Fahmi ditalian 014-6570949.

Semoga kelahiran anak kembar ini menjadi pembuka sinar bagi KPIPM dalam menempuh tahun baru 2011 ini.

pijat : Sesungguhnya anak itu menambahkan penyeri rumahtangga diantara suami & isteri di samping menambahkan lagi kasih sayang keduanya dan menambah orang baru. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mujahid Ir. Fadzil dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka kembar dua jantina baru-baru ini.