Khamis, 6 Januari 2011
Macam-macam ada...
Namun begitu, kemungkinan datangnya ujian ataupun bala bencana dari Allah ini ada hikmahnya. Mana mungkin Allah menurunkan bala ini untuk saja-saja memberi seksa kepada orang-orang yang beriman kepadaNya. Bahkan Allah taala menguji hambanya semata-mata untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t. Kalau kita lihat fenomena yang berlaku pada masa ini seakan-akan haruk pikuk haru biru dengan manusia-manusia 1001 satu macam perangai.
Tanda-tanda kiamat sudah terzahir depan mata kita semua. Apakah kita tidak sedar lagi sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat tumpangan sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam yang suci ini. Islam yang membawa erti yang cukup untuk sekalian manusia di atas muka bumi Allah taala ini. Al-quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad bertujuan untuk panduan hidup seluruh umat manusia. Kembalilah !!!
Kronologi BKAN Melaka
Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan kes delegasi kerajaan negeri Melaka ingin menghapuskan persatuan anak-anak Melaka Mesir (BKKIMM) dan membuat persatuan baru yang dikenali sebagai IMAM. Sedangkan persatuan yang lama bertampuk di Mesir ini sudah banyak memberi kebajikan kepada anak Melaka. Apakah tidak cukup lagi dengan persatuan yang ada ini? Apakah makhluk-makhluk yang cuba untuk menghapuskan kesatuan anak-anak Melaka di Mesir ini semata-mata bertujuan untuk kepentingan politik sempit mereka? Tapi yang pentingnya ialah pegawai yang ditugas untuk menjaga kebajikan anak-anak Melaka disini seakan-akan menjadi batu api kepada kerajaan Melaka.
Adakah kerajaan Melaka ingin melihat mahasiswa Melaka semua bangkit seperti yang berlaku terhadap mahasiswa Terengganu baru-baru ini atas salah laku pegawainya??? Sekiranya mahu, teruskan perangai buruk dan niat jahat anda itu. Kemungkinan mereka semua tahu siapakah mahasiswa sebenarnya. Kuasa mahasiswa tiada siapa yang berani tahan. Kini mahasiswa tidak mudah-mudah lagi untuk digula-gulakan.
Terbaca berita baru, katanya perlembangan IMAM sudah siap??? Ye ke?? Kalau benarlah, adakah perbuatan jahat kerajaan Melaka ini diteruskan? Namun begitu, walau apa pun yang terjadi, anak-anak Melaka bertekad bersatu tidak akan sama sekali menerima persatuan baru ini. Oleh itu, kepada mahasiswa/wi Mesir sama-sama kita doakan supaya Allah memelihara persatuan BKKIMM yang telah banyak berjasa kepada anak-anak Mesir.
Nak tahu lagi apa yang terjadi. Sila layari blog akumakmum.
Selamat datang orang baru
Tanggal 28 Muharam 1432, bersamaan 3 Januari 2011 pukul 5.30 pagi di Hospital Taufiqiyyah maka lahirlah dua insan kembar yang suci bersih lagi murni serentak telah lahir ke bumi. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mujahid Ir Fadzil dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka yang diberi nama Muhammad Taufiq dan Nurhidayatina. Indah sungguh nama mereka.. Kembar pulak tu.. hehe.. Kalau dulu ada orang-orang tua kata, anak kembar ni membawa tuah. Tu kata orang tua-tua dululah. Tapi kata orang muda sekarang, tak mengapalah, tuah ke apa ke yang penting anak-anak yang dilahirkan selamat.
Tak kiralah kata-kata siapa pun, apa yang diharapkan dengan lahirnya mujahid dan mujahidah ini dapat menambahkan lagi tentera supaya dapat meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara yang kalau kita lihat sekarang ini tidak tahu kemana hala tuju. Moga-moga ibubapanya mendidik anak-anak ini sehingga menjadi anak soleh dan solehah. Anak yang memberi manfaat kepada masyarakat disamping menyebarkan dakwah demi menegakkan kalimah Allah yang maha suci.
Juga mudah-mudahan dengan adanya orang baru dalam keluarga Ustaz Mujahid dapat menambahkan lagi kebahagian keluarga disamping isteri yang tercinta. Ibubapa yang baik akan mendidik dan mencorak anak menjadi insan yang baik.
Rabu, 5 Januari 2011
Rais nak buat perangai macam Najib jugak.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.""Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.
Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."
"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.
Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.
Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.
"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya. Malaysiakini
Tahniah dapat orang baru.
KAHERAH, 3 Januari – Pada pagi tadi,dua orang lagi cahaya mata selamat dilahirkan di hospital Taufiqiah,Kaherah. Menurut saudara Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil,isterinya telah selamat bersalin pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
Menurutnya juga,isterinya,saudari Shahidatul Akmal Mohd Dahalan dan kedua-dua bayi tersebut berada dalam keadaan sihat setelah melakukan pembedahan.
Kos pembedahan bagi melahirkan anak kembar berlainan jantina tersebut telah menelan belanja LE 2500.00. Oleh itu,kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah terus menghubungi saudara Amirul Fahmi ditalian 014-6570949.
Semoga kelahiran anak kembar ini menjadi pembuka sinar bagi KPIPM dalam menempuh tahun baru 2011 ini.pijat : Sesungguhnya anak itu menambahkan penyeri rumahtangga diantara suami & isteri di samping menambahkan lagi kasih sayang keduanya dan menambah orang baru. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Mujahid Ir. Fadzil dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka kembar dua jantina baru-baru ini.
Isnin, 3 Januari 2011
Kelantan hadiah rumah untuk Khairul Fahmi
KOTA BHARU, 3 Jan: Penjaga gol skuad Harimau Malaya yang berjaya membantu negara menjuarai Piala AFF Suzuki, Khairul Fahmi Che Mat dihadiahkan sebuah rumah oleh kerajaan negeri Kelantan hari ini.
Pengumuman mengenainya dibuat sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meraikan kepulangan beliau ke Kelantan di Chabang 4, Cherang dekat sini hari ini.
Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah nilai rumah berkenaan. Pengumuman itu dibuat di majlis yang dianjurkan oleh pejabat Anggota Parlimen Kota Bharu dan juga kerajaan negeri Kelantan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis menyambut kepulangan Wira Negara itu berkata beliau yang turut menyaksikan perlawanan akhir kedua di Indonesia mengakui aksi Fahmi memang hebat.
"Saya memang kagum, saya tengok dia beraksi begitu hebat bergetah sungguh tangan budak ni," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh orang ramai.
Khairul Fahmi berjaya mempertahankan gawang Malaysia dari ditembusi semasa Indonesia bertandang ke Malaysia yang membawa Malaysia menang 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan akhir piala itu di Bukit Jalil.
Beliau juga berjaya menjaga gawang Malaysia dengan baik apabila pasukan negara itu berkunjung ke Jakarta termasuk menyekat sepakan penalti oleh Indonesia.
Malaysia menang dengan agregat 4-2 walaupun kalah di Jakarta dengan 2-1.
Media hari ini melaporkan, sebuah laman web menyiarkan berita kononnya Mancester United berminat dengan Khairul Fahmi apabila pengurusnya, Sir Alex Ferguson mengarahkan lamaran ke atas Khairul dibuat selepas dua jam perlawanan akhir di Jakarta itu.
Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan pernah menghadiahkan rumah kepada Nik Madihah, pelajar Kelantan yang berjaya menjadi pelajar terbaik Malaysia dalam peperiksaan SPM. -Hrkh
Beberapa gambar Apek bersama dengan tok guru :- klik sini
Nasrudin ajak Khairy sertai DPP.
1. Saya terbaca kenyataan Yb. Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan hasrat untuk berehat dan berundur dari pentas politik negara serta tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang. Sebelumnya saya terbaca dari laman twitter beliau yang menyatakan hasrat serupa.Ahad, 2 Januari 2011
Terbaru : Kronologi Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM)
Malam semalam,telah diadakan majlis 'Sidang Media' oleh BKKIMM bertujuan untuk menerangkan isu yang berlaku sejak seminggu ni. Maka, pimpinan BKKIMM mengambil inisiatif untuk menganjurkan majlis penerangan kepada semua mahasiswa Mesir.
Kehadiran pun aku dimaklumkan memang ramai. Hampir memenuhi surau Wisma Seri Melaka. Terima kasih atas kehadiran semua terutama mereka yang bukan ahli Melaka. Pastinya sokongan anda semua sedikit sebanyak mngurangkan kedukaan kami malah menambah semangat kamu untuk terus mempertahankan hak.
Pimpinan BKKIMM menerangkan segala yang berlaku mengikut kronologi. Aku rasa tidak perlu aku cerita dengan teliti. Lotih nak mngarang sekarang. Aku mungkin akan ambil masa lain untuk aku ceritakan satu persatu kronologi isu ini.
Sesi soal jawab oleh para hadirin juga berlangsung dalam majlis ni. Rata-rata bertanya berkenaan status BKKIMM dan IMAM. Tidak kurang juga yang bertanya tentang perjalanan survival BKKIMM. Pertanyaan semua yang bertanya adalah tanda sokongan dan ambil cakna diorg kepada anak Melaka. Terima kasih sangat pada korg semua.
Namun, aku dapat cerita juga, ada usaha 'membawa lari' anak Melaka pada malam itu. 'Seseorang' telah berusaha untuk menarik perhatian anak Melaka agar tidak menyertai majlis penerangan malam tadi. Umpan yang diberikan kalau tak silap aku jamuan makan. Namun alhamdulillah, tak semua termakan umpan tu. Kalau apa yang aku dengar ini salah, mohon perbetulkan.
Apa pun, Jazakumullah kepada semua yang terlibat dalam majlis malam tadi. Semoga ia dirahmati dan menjadi asbab turunnya bantuan Allah dalam menyelamatkan BKKIMM. Insyaallah kalau ada masa, mulai esok aku akan coretkan kronologi ini satu persatu. Doakan aku diberi kesempatan masa. Jazakumullah.
P/s : BKKIMM dah buat majlis penerangan. IMAM xnak buat ke En Anwar? =)
Kronologi ini diambil dari blog ahli Melaka. Sekiranya ingin tahu kronologi sebelum ni, sila layari blog akumakmum.blogspot.com (ahli BKKIMM)
Menyelusuri Jalan-jalan di Kuala Terenganu Pada Malam Tahun Baru
KUALA TERENGGANU - Agenda kerajaan negeri tidak pernah berubah dan tidak mengubah apa-apa sketsa, perjalanan di sepanjang jalan-jalan bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada malam tahun baru 2011.
Ya.... Terengganu negeri yang beriman, suatu nama yang begitu indah, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi kerajaan semasa, gagal menghayati maksud sebagai negeri beriman.
Walaupun nampaknya, tidak ada agenda rasmi menyambut detik-detik bertukarnya tahun masehi, namun ketika lalu di Batu Burok Kuala Terengganu, kelihatan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang 'seolah-olah semakin tua semakin menjadi'.
Bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.
Ketika lalu dihadapan sebuah hotel di kawasan Tanjung Kuala Terengganu, barulah kelihatan seperti berada di bandaraya sebenarnya, mungkin sebaris dengan Kuala Lumpur atau bandaraya metropolitan lain...urgghh....!
Masih ramai lagi kaum entah apa yang perlu dipanggil kepada mereka 'khunsa atau pondan', bersama mempamerkan tubuh-tubuh sasa masing-masing, berlagak perempuan, menyambut tahun baru kononnya!
Sementara di persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Sultan Mizan di Bukit Tunggal (Gambar), membuktikan usaha kerajaan untuk membenteras Mat Rempit dengan berlogokan '1Malaysia' belum berhasil.
Malah beberapa pemuda dengan terang-terangan menyarung topi keledar 1Malaysia, pemberian Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak, buat azimat kepada mereke untuk terus meluncur dengan laju.
Sementara, polis yang sama, yang bertugas menjaga lalulintas semasa Majlis Himpunan Remaja 18 Disember lalu, semalam sekitar jam 2.00 pagi, 1 Januari, 2011, bertukar menjadi musuh.
Dengan segala penat lelahnya, polis peronda terpaksa 'berambat' dengan Mat Rempit 1Malaysia yang mereka iringi dengan segala hormatnya ke Majlis tersebut dua minggu lalu, kononnya menjadi kebanggaan seluruh pemimpin Umno dan BN!












