Khamis, 9 September 2010

Ucapan dari anak perantauan kepada keluarga tersayang di Malaysia....

ucapan buat keluarga tersayang yg berada di Bandar Seri Alam Masai Johor Bahru.Juga tokwan,pakngah sekeluarga,maklong sekeluarga,makuda sekeluarga dan seluruh keluarga-keluarga ku yang terdekat...

tak lupa juga kawan-kawan dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Pasir Gudang dan Darul Bayan Kampung Pinang Merah Dungun Terengganu.Tak lupa juga sahabat-sahabat di Mesir...dan sape-sape saje yang kenal aku...

~Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin~

Ahad, 5 September 2010

TV3 tarik balik Iklan Hari Raya Freemason...




KUALA LUMPUR, 5 Sept: Setelah dikritik dan dibantah banyak pihak, stesen televisyen swasta TV3 hari ini menarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri yang disiar stesen itu sejak beberapa hari lalu.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Pihak mereka juga turut memohon maaf di atas penyiaran iklan tersebut yang telah mengguris hati umat Islam.

Permohonan maaf itu diumumkan melalui Buletin Utama jam 8 malam tadi.


Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat bercadang menghantar surat bantahan ke stesen televisyen tersebut dan juga kepada Kementerian Penerangan esok ekoran penyiaran iklan tersebut.

Selain mengguris perasaan umat Islam, iklan tersebut juga dakwa mereka mengelirukan dan boleh menjerumuskan umat Islam ke kancah syirik.

Biarpun menepati konsep 1Malaysia, namun iklan tersebut dilihat mencemar kemuliaan Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) digesa cermat dan memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

Iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.


http://allgreenislamic.blogspot.com/

Sabtu, 4 September 2010

Diantara 2 iklan raya TV3 dan iklan raya PKNS...



[ iklan raya TV3 diatas macam hari krismas ]
[ cuba bandingkan iklan raya PKNS dibawah ]



[bukankah iklan ini lebih menyentuh hati dari iklan raya TV3 itu ]

http://pahangdaily.blogspot.com/

Panas!!! Motif Iklan Raya di TV3 Terbongkar...



Susulan artikel tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini, maka banyaklah rungutan yang telah diterima daripada para pembaca yang langsung tidak menyedarinya. Malahan, mungkin bagi mereka yang selalu tiada di rumah, iklan tersebut memang tidak diketahui langsung. Susulan pendedahan ini juga, semakin ramai umat Islam menghantarkan bantahan di laman facebook bantahan yang turut kami sertakan. Malahan juga difahamkan, banyak pihak mahu supaya pihak TV3 terutamanya CEO Datuk Farid Ridzuan (foto), memohon maaf atas keterlanjuran ini.


Malah, tidak kurang juga mereka yang akan mengadakan demontrasi dan membuat laporan polis terhadap insiden ini. Ternyata TV3 sengaja "menjolok sarang tebuan", disaat isu agama dan perkauman sering dipaparkan mereka pula yang cuba melakukan onar.Apakah perlu aduan rakyat dibuat terhadap TV3 agaknya. Apakah Karam Singh Walia bisa membuat ulasan tentang masalah ini?. Semua ini kini bermain difikiran rakyat. Maka, disini kami ingin paparkan satu maklumat terbaru tentang motif iklan tersebut disiarkan oleh TV3. Ternyata ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendakyahkan umat Islam terutaman kanak-kanak dan remaja Melayu supaya menerima agama lain dalam hidup mereka terutamanya Kristian dan Buddha. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat paparan yang jelas dan memunyai kaitan langsung dengan motif tersebut. Antara pembongkaran dasyat yang telah dikenal pasti ialah:-

Scene1, Budak Lelaki Melayu Tilik Buku

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung... di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca

Scene2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene3 , Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.


1.Bintang-bintang kecil beraura -
Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -
POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene4, Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu) 1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu. - yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].

http://pahangdaily.blogspot.com/

Jumaat, 3 September 2010