Rabu, 1 September 2010

Senyum kambing :Temuduga Kerja...hehehe

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?". "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.

Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana".

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh

Mak lembu !!!

Seekor ayam dan seekor merupakan kawan baik di salah sebuah kampung di switzerland.Suatu hari mereka pergi ke halaman bersama-sama untuk menenangkan fikiran.Sambil menenangkan fikiran,mereka berborak-borak....

Ayam
: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Selasa, 31 Ogos 2010

Program terkini PMRAM...


Semua mahasiswa dan mahasiswi dijemput hadir untuk mengimarahkan lagi majlis...

copypaste from : http://allgreenislamic.blogspot.com

Isnin, 30 Ogos 2010

Jom cari malam Lailatulqodar...


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.:-

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:-
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut:-
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

p/s : marilah sama-sama kita mencari malam lailatulqodar.Banyak kelebihan yang telah diceritakan oleh nabi S.A.W.Maka haruslah kita untuk mengambil peluang yang ada ini untuk sama-sama kita bertaubat dan mengadu pada Allah atas segala kesalahan dan apa yang dipohon.Semoga doa kita makbul dan diterima oleh Allah s.w.t. Ameenn...

"Andai ini Ramadhan terakhir..."


wahai dikau...renungkanlah engkau akan nasib diri

wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati

wahai akal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali

buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi

apabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilah...

Rabu, 25 Ogos 2010

Pengumuman Zakat Fitrah Bagi Mahasiswa Malaysia DI Mesir...

Makluman kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat fitrah pada tahun ini 1431H bernilai LE10. Nilai tersebut merujuk kepada ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir.

Oleh yang demikian, bagi sesiapa yang ingin membuat pembayaran zakat, boleh dilakukan melalui Bendahari BKAN dan DPM masing-masing atau terus membuat bayaran kepada Bendahari Kehormat PMRAM. Pungutan bayaran zakat akan dilakukan pada 25 September 2010.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah terus menghubungi Bendahari Kehormat PMRAM di talian +20143352855 ataupun Bendahari HEWI PMRAM +20117737821.

www.pmram.org

Selasa, 24 Ogos 2010

Kalau baca surat khabar je tak habis-habis dengan berita jenayah...Lagi-lagi kes jenayah !!!

"Heeeiiii ya Allah,tiap-tiap hari kalau baca paper mesti baca berita yang menyanyat hati,ngeri dan sakit hati.Awal-awal muka depan surat khabar je dah berita ngeri dan jenayah.Takde ke berita-berita yang manfaat sikit kasi orang lain baca dengan perasaan tenang.Ni kalau baca paper je,mesti risau.Risau bebenor lah.Aduhhh,apalah nak jadi dengan manusia sekarang,teruk tahap kritikal masyarakat Malaysia sekarang ni.Macam mana pemerintah sekarang ni memerintah ??? Kata nak turunkan kadar jenayah !!!! Tapi bila baca surat khabar,muka depan je dah terpampang berita jenayahlah,buang bayilah,kes bunuh membunuhlah dan macam-macam lagi lah.Aduuhhh,mananya bukti kerajaan dan polis nak turunkan kadar jenayah ??? Kalau benda ni berlaku berterusan juga,heeemmm macam manalah agaknya rakyat Malaysia khususnya nak hidup dengan aman dan sejahtera sekiranya dikelilingi jenayah yang begitu banyak dan meningkat.Fikir-fikirkanlah,buatlah pilihan yang terbaik..."

DISEMBELIH AYAH...

KOTA BHARU: “Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam.

DITENTERAM...adik-beradik mangsa ditenteramkan saudara-mara selepas adik mereka berumur tiga tahun disembelih bapa sendiri dirumah,semalam.

Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.

Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.

“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.

Menurut Nik Suzila, turut berada di rumah ketika kejadian, anak bongsunya, Siti Aisyah, 2, manakala anak sulung, Nur Syafikah, 8, berada di sekolah.

TAHAN...suspek membunuh kanak-kanak tiga tahun ditahan polis.

Difahamkan, suspek pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya di sini, sebelum berhenti sebulan lalu.

Nik Suzila berkata, suaminya sudah lama menghidap penyakit mental dan sering mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Sudah lama dia tidak mengalami sebarang gangguan mental sehinggalah kejadian semalam.

“Sejak akhir-akhir ini, dia tak mahu ambil ubat kerana menyebabkan dia sakit kepala. Sudah lama penyakitnya tidak menyerang dan saya sangka dia sudah pulih. Namun sangkaan saya meleset,” katanya.

Datuk mangsa, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata dia menyedari kejadian itu selepas diberitahu Nik Suzila.

Nik Hashim yang ketika itu berehat di rumahnya tidak jauh dari rumah mangsa menghubungi polis yang kemudian menahan menantunya dan merampas pisau.

Menurutnya, dia menyedari menantunya itu berperangai pelik sejak dua hari lalu tetapi tidak menjangkakan dia bertindak demikian.

“Sukar untuk saya menerima apabila dia sanggup menyembelih anak sendiri memandangkan kedua-duanya rapat selain mangsa satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, Mohamad Adam Muszahffar mati di tempat kejadian akibat parah di bahagian leher.

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tergamanleherterkulai/Article