Isnin, 16 Ogos 2010

Menara jam tertinggi di dunia di Mekah...


RIYADH, Pembangunan bandar suci Mekah telah mendirikan sebuah hotel mewah yang akan menjadi bangunan tertinggi kedua di dunia. Bangunan tersebut mempuyai sebuah menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.

Menara jam raksasa tersebut yang diberi nama Mecca Royal Clock Tower telah direka oleh syarikat dari Jerman merupakan jam raksasa yang 6 kali lebih besar jam Big Ben di London.Menara jam tersebut mempunyai ketinggian 577 Meter yang mempunyai 4 pandangan sisi.

Bangunan hotel yang terletak jam tertinggi di dunia ini sedang dibina tersebut mempunyai ketinggian 622 meter dan puncak menara tersebut dibuat dari logam berbentuk bulan sabit setinggi 155 meter.

Jika kedua bahagian itu digabungkan, maka hotel yang dibangun di kota Mekah itu hanya 11 meter lebih pendek dari Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia yang puncaknya yang mempunyai ketinggian 828 meter.

Jam besar Jam Diraja Mekah itu dapat dilihat dari jarak 17 kilometer pada malam hari dan 11-12 kilometer di siang hari.Jam tertinggi di dunia ini telah mula berdetik pada 1 Ramadhan, 11 Ogos 2010 yang lalu untuk ujian oleh kerajaan Saudi.

Berikut adalah gambar jam tertinggi di dunia ini dan hotel tersebut dari pelbagai pandangan sudut dari Kota Suci Mekah





http://www.isuhangat.net/2010/08/16/menara-jam-tertinggi-di-dunia-di-mekah/

Ahad, 15 Ogos 2010

Kelebihan Solat Tarawih...

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan kembali lagi...


Fajar ramadhan datang menjelang,
Mengajak kita meraih keampunan,
Mohon bukakan pintu kemaafan,
Untuk segala khilaf dan kesalahan,

Bulan ramadhan bulan keberkatan,
Kurnia Sang Maha Penyayang buat hamba beriman,
Tolong ikhlaskan serta maafkan segala perkataan dan perbuatan
yang pernah membuat luka di hati dan perasaan,

Selamat tunaikan puasa dengan segenap keikhlasan,
Semoga tuhan limpahkan cinta dan keberkatan,
Jalan kemudahan untuk segala urusan,
Agar kau raih kebahagiaan untuk hari ini dan masa depan,

Segala kebaikan dan ketulusan yang kau lakukan ,
Semoga Tuhan memberikan keberkatan,
Serta kabulkan doa yang kita lantunkan
agar ramadhan selalu tingkatkan ketakwaan dan kearifan.
Amin…

Segala puji syukur layak dipanjatkan,
bagi Tuhan pemberi kehidupan…
~Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu~

Isnin, 9 Ogos 2010

Jaulah ke Fayyoum bersama KPT...

bergambar di kebun pelam...

Semalam 8 ogos Kpt telah menganjurkan jaulah ke Fayyoum.Ramai jugak yang menyertai jaulah ni.Beberapa aktivit telah diisi di dalam jaulah ni.Kami bertolak dari komplek kira0kira pukul 8 pagi.Perjalanan kami dijangka untuk samapi ke destinasi selama 2 jam setengah.Setibanya kami disana,kami telah di eskod oleh polis bermula dari pintu masuk muhafazah Fayyoum sehingga habis perjalanan kami.

Mula-mula kami pergi ke tasik Qorun.Dimana tasek Qorun ini merupakan tasik yang dilaknat oleh Allah sehinggalah sekarang.Anda semua pon dah tahu sejarah Qorun ketika zaman Nabi Musa.Qorun telah didatangkan bala disebabkan keangkuhan dan kesombongan dia kepada Allah.Dia telah mengatakan bahawasanya harta yang dimiliki oleh adalah hasil titik peluh dia sendiri bukan dari pertolongan Allah.Oleh kerana itulah Allah menurunkan bala terhadapnya.Semoga ambil pengajaran atas bala yang menimpa qorun.

Destinasi seterusnya ialah Wadi Hatin tak silap ambe.Untuk ke sana,kami lalu di tengah padang pasir yang tandus.Lebih kurang setengah jam atau sejam perjalanan untuk ke sana.Setibanya kami disana,kami mencari tempat untuk lending barang-barang.Rasanya tak perlulah cerita panjang.By the way seronok dengan jaulah ni.Tengoklah gambar-gambar yang ada di bawah ini.kalau nak lagi banyak,sila ke facebook saya :-

mereka seronok dpt mandi-manda...

riang dapat main air...

gotong-royong bbq...

gambar duduk di tasek qorun...


cowboy bergambar di kincir air nabi yusof...

Sabtu, 7 Ogos 2010

Saudara Kita...Hulurkan Bantuan Ringankan Beban...


Oleh : Md Amin Zainal Abidin, wakil DPMT

“ Perumpamaan bagi orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai , pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui”( Al Baqarah:261)

Assalamualaikum

Saudara saudari yang dirahmati oleh Allah SWT. Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa pada 16 julai 2010 menjelang subuh lebih kurang jam 5:00 pagi, telah lahir seorang bayi perempuan di Hospital Tibah Tanta Mesir. Bayi yang selamat dilahirkan adalah tidak cukup bulan (7 bulan), terpaksa ditahan diwad dan dimasukkan dalam inkubator.

Pada jam 8.00 malam bapa bayi tersebut telah dipanggil oleh pihak hospital dengan kadar yang segera. Setelah tiba dihospital bapa bayi tersebut diberi penerangan oleh doktor yang bertugas mengenai keadaan kesihatan bayinya. Antara lain bayi yang baru dilahirkan mengalami beberapa masalah seperti:

1. Saluran pernafasan dan saluran makan bercantum. (tracheoesophageal fistula) (TEF)
2. Tidak ada Saluran najis (imperforate anus or anal atresia)

Oleh kerana masalah diatas, bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan dengan segera untuk mengatasi perut kembung akibat tidak ada saluran najis untuk angin keluar. Semasa menerima berita keadaan tersebut, selaku wakil Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta , saya telah bergegas ke hospital tersebut untuk sama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada pihak keluarga bayi tersebut.

Antara halangan semasa yang kami hadapi adalah kos pembedahan yang diterangkan oleh pihak hospital dan doktor di Hospital Swasta Tibah itu. Kami berpendapat untuk sama-sama ke Hospital University Tanta untuk berbincang jika rawatan itu boleh dijalankan di situ. Namun sekali lagi kami bertemu cabaran dimana kami diberitahu oleh pihak Hospital University Tanta bahawa semua alat bantuan pernafasan pembedahan telah digunakan oleh pesakit.

Dengan bantuan saudara Syafiq Affandi bin Baharin, pelajar Perubatan tahun lima Universiti Tanta, beliau telah menelefon doktor di Hospital Tibah untuk memberitahu keadaan di Hospital University Tanta. Doktor itu kemudian dengan baik hati telah memberi nombor telefon Pakar Bedah kanak-kanak Hospital Universiti Tanta. Alhamdulillah, setelah berbincang dengan doktor tersebut beliau sanggup merawat bayi tersebut di Hospital Tibah tempat bayi tadi dilahirkan. Dengan selesainya keadaan ini, kami kembali ke Hospital Tibah untuk berjumpa Doktor Pakar itu.

Setelah sampai, Doktor Pakar itu telah menerangkan pada kami bahawa beliau akan memulakan semua pembedahan yang diperlukan untuk menebuk lubang diperut bayi untuk mengeluarkan angin dan membuat saluran najis diperut dengan kadar segera. Dimana, 24 jam kemudian, beliau akan akan merawat saluran pernafasan dan saluran makanan bayi.

Tepat jam 12.15 malam tersebut juga, bayi telah mula menjalani rawatan. Alhamdulillah sejam kemudian bayi tersebut telah selamat menjalani rawatan.

Pada hari kedua iaitu pada 17 Julai 2010 bayi menjalani satu lagi rawatan iaitu memisahkan saluran makanan dan saluran pernafasannya. Allhamdulillah bayi kini selamat dan stabil.

Walaubagaimanpun, bayi tersebut masih dalam penjagaan di Wad Jagaan Rapi di Hospital Tibah.
Kami juga ingin memberitahu bahawa Ibu kepada bayi tersebut stabil dan dibenarkan oleh doktor pulang selepas beberapa jam melahirkan.

Dengan ini kami ingin memberitahu bahawa kos rawatan sehari hampir LE250 dimana jumlah semua kos rawatan dijangka adalah sejumlah LE10 000.

Saya selaku wakil kepada Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan, berbesar hati memohon agar saudara dan saudari dapat bersama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa bayi.

Semua sumbangan bolehlah dihulurkan melalui akaun :

Pemegang Akaun : Md Amin Zainal Abidin (kad pengenalan 850325-06-5365)

No Akaun : 062025879025

Bank : HSBC

No Tel : +20142252484

emel : maza_blada@yahoo.com.my

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala bentuk bantuan yang di hulurkan oleh semua.
Sekian bagi pihak Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta Mesir.

Bapa bayi : Mohd Faizol Bin Endut
Asal : Kuala Terengganu
Kuliah : Usuluddin jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta

No Tel : +20116534573

ibu bayi : Siti Anisah binti Haji Ahmad
Asal : Selangor
Kuliah : Bahasa Arab, Tahun 3 Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah

Sekira ada apa-apa maklumat boleh terus berhubung dengan ibubapa bayi atau Unit Kebajikan dan Kemanusiaan, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.‬



Kenangan KEKAL'10...

sidang PERSIS...

Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM atau nama singkatannya KEKAL'10 telah pon melabuhkan tirainya pada malam 5 ogos 2010 di Dataran Hayyu Asyir.Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan.Seperti sukaneka,acara padang dan juga acara dewan.SEbagai contoh acara dewan seperti congkak,debat,musang berjanggut dan sebagainya lah.Bagi acara padang pula seperti,sukaneka dan sebagainya.Alhamdulillah,semua kontinjen telah memberikan komitmen yang memuaskan dalam menjayakan program KEKAL'10 pada tahun ini.

Rugilah siapa yang tak datang tu.Sebab ambe dapat rasa kemeriahan semasa majlis perasmian dengan majlis penutup je.hehehe..Akan tetapi disamping itu juga,ada program ilmiah turut diisi.Antaranya ialah,wacana 4 presiden dan PERSIS (perhimpunan mahasiswa sedunia).Program ilimiah ni juga telah memberi input yang banyak kepada mahasiswa dan siswi di sini dengan kertas kerja yang dibentangkan berkenaan dengan tajuk yang diberi seperti militan dan ada yang lain lagi tapi ambe tak ingat.huhuhu...

Oh tak ingat lagi,malam perasmian pon ada pertunjukan kebudayaan dari wakil negeri terpilih.Contoh macam Selangor dia berlakon,Perak pula buat tarian dabbus.Pastu ada la 3 atau 4 orang yang buat pertunjukan motor berkuasa 400cc.Terlupa juga ada pertunjukan seni mempertahankan diri Taekwondo dari ahli kelad SWAD.Macam-macam lagi la,saya pon dah tak ingat.

Tapi walaupapepon,tahniah dan syabas kepada PMRAM kerana dapat menganjurkan program sebesar ini.Ambe juga sempat menemuramah dengan pengunjung-pengunjung.Kebetulan masa tu dilantik sebagai reporter dan beberapa sahabat yang lain dibawah Unit penerangan & penerbit juga di bawah PMC.Kebanyakkan dari mereka yang memberi pandangan adalah mereka yang sangat bangga dengan PMRAM dan puas hati atas anjuran program yang sebesar ini.

Tak perlu cerita panjang.Kome semua boleh lah tengok suasana perjalanan KEKAL'10 pada gambar di bawah ini :- tapi kalau nak tengok gambar lagi banyak,bukalah facebook saya yang bernama ismael bin ibrahim...


unit persiapan sedang menyiapkan pentas...

para penonton yang hadir...

debat ala parlimen...

derma darah...

pertandingan melukis...

motor ust jamal yang jadi juara...

team nasyid dari tanta...

pertandingan catur dan dam aji...

pameran PMC...

pameran perubatan Tanta...

acara soal menyoal...

baju KEKAL...

Sabtu, 31 Julai 2010

Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM ( KEKAL 2010 )


Assalamualaikum semua,agaknya dah lama ambe tak update blog ambe ni.Biasalah kesibukkan dengan program luar.Seminggu program bersusun tak putus-putus pada tahun ni.Kekadang rasa malas nak mengupdate jugak blog ni,tu pasal la blog ambe ni tak di updatekan lagi.Tapi walau apa pun kali ni saya nak update post baru pulak.

Haaaaaaaaa.....tu dia,pejam celik pejam celik dah masuk setengah tahun dah kita semua ni,tak sedar pulak dah bulan masuk 8.Cepat sungguh masa itu berlalu.Tanda-tanda kiamat hampir dekat.Tapi igt,hati mestilah sentiasa ingat akan perintah Allah.Buat apa yang di suruh,tinggal apa yang dilarang,itu jangan lupa.

Sebenarnya nak kabo la satu benda ni,insyallah PMRAM akan mengadakan Karnival Kenangan 80 PMRAM 2010(KEKAL 2010) pada esok hari bersempena dengan ulangtahun PMRAM yang ke 80 dan sambutan hari kemerdekaan negara Malaysia kita.Di dalam program ni juga macam-macam acara menarik menanti anda.Seperti sukaneka,persembahan nasyid,malam kesenian islam dan bermacam-macam lagi.Jadi kepada mahasiswa dan mahasisiwi Malaysia di Mesir,kalau tak nak lepaskan peluang kali ini,datanglah beramai-ramai ke KEKAL 2010 di Dataran Hayyu Asyir pada 1 hingga 5 ogos 2010.

Datang bawa kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang anda kenali ,tidak kira kecil mahu pun yang besar.
Sekiranya anda semua ingin tahu tentatif program,bolehlah lihat tentatif di bawah ini :-