Isnin, 24 Mei 2010

KiSaH PaK PaNdiR dAn kErEta bArU~...


Suatu hari,pak pandir ajak mak andeh ke bandar.hajat pak pandir nak beli sebuah kereta.Anaknya sengaja di tinggalkan kerana takut penjual kereta tak nak jualkan kereta kepadanya.Dalam Perjalanan Pak Pandir bertanya la pada si mak Andeh, "ko rasa,orang tu nak tak jual kereta pada aku andeh?" mak Andeh pun menjawab "kenapa pulak tidak?" Pak Pandir pun berkata "Ye la,mane tahu penjual tu ingat aku tak ada duit,sebab nak bagi ko dan anak aku makan"..

Sampai di kedai tersebut,Pak Pandir terus memilih sebuah kereta wira.Setelah segala urusan selesai,Pak Pandir bawa la pulang kereta berkenaan dengan harapan dapat menunjuk dengan Pak Kadok. Tapi tak sampai 1jam,Pak Pandir datang semula kekedai berkenaan dengan marah2.


"Apa ni encik,jual kereta yang dah rosak?"
"Cuba encik tgk lampu ni,masa saya nak belok je, tak pernahnye elok, asyik berkelip-kelip jer." heee saya geram btol ngn encik ni.."

eXaM dAh hAbIs~


heemmmm....dh 2 hari berlau exam aku hbs...
tak thu nk buat pe skng...org lain bru nk exam,tp aku dh hbs...
pape pon beserah sume pd allah ape yg telah ku lakukan~ insyallah najah belake~
den pikiaq2 la kan, rse mcm nk pi jalan2 mkn angin je pusing sume muhafazah kt mesir ni...
tp bile di tgok blk...org lain tgh exam, diorg x hbs lg exam...
klau ak gi rmh diorg kang, tkot ak mengganggu diorg nk study pulak...hemmm
kne buat plan bru lah pulak pi hari lain...~
tp bile pikir2 balik, sebelum diorg hbs exam, apakata klau aku pi talaqi dulu ke ataupon carilah mne2 kelas yg ade sementara nunggu dirog hbs exam...~
at least takde la terbuang sgt masa kosong aku ni...drpd aku duk terperok dlm rmh, duk atas katil, takde buat pape,lbh baik pi kelas...at least ade masyuk2 siket...
tp takpelah, kite pi cari kelas lain lu then tu lps diorg hbs exam, bru lah eden mula roadtour eden utk mkn2 angin.... syg kome sume~

~doakan utk aku byk2~ may allah bless u all~

Khamis, 20 Mei 2010

kIsAh tElAdAn hArI iNi~ nAfSu yG dEgiL~

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian
Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t.menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. KemudianAllah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu
Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu
Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Selasa, 18 Mei 2010

3 orang pencuri berjaya diberkas~


KAHERAH, 15 Mei - Kecekapan Pihak Keselamatan Mesir terbukti apabila beberapa orang pencuri dilakangan warga tempatan Mesir ditangkap dalam tempoh tidak sampai 48 jam. Kecurian yang berlaku di rumah sewa pelajar Kelantan kelmarin menyebabkan mereka kehilangan 3 buah komputer riba, 6 buah telefon bimbit, dan 1 hardisk komputer. Ketika pencuri tersebut ditangkap kira-kira jam 9.30 malam.

Pihak Keselamatan Mesir terus menghubungi Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime untuk memberitahu tentang penangkapan tersebut.
Beliau dan beberapa orang pelajar Kelantan terus ke balai polis Qismu Al-Thani' di Haiyu Sadis untuk mendapat maklumat lanjut tentang kes kecurian tersebut. Turut hadir sama Timbalan Setiausaha Agung PMRAM Saudara Mohd Zahid bin Abu Bakar. Ketika di balai, terdapat 3 orang warga tempatan arab Mesir yang berusia lingkungan 20 tahun mengaku telah melakukan kecurian pada hari Jumaat kelmarin. Hampir kesemua barang yang dicuri itu telah pun dijual kepada rakan mereka.

Walaubagaimanapun, masih berbaki beberapa buah telefon bimbit dan komputer riba yang masih belum dijual.
Jelas Pihak Keselamatan Mesir kepada Presiden PMRAM "3 orang pencuri ini telah mengaku bahawa mereka juga telah memecah masuk beberapa rumah pelajar Malaysia di Kaherah ini. Antara tempat yang pernah dipecah masuk ialah Rumak Wilayah Persekutuan, Rumah Kedah dan lain-lain lagi. Mereka ini mengaku telah mencuri lebih daripada 80 buah komputer riba".

Pihak Keselamatan Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM kerana bertindak pantas dengan membawa mangsa kejadian membuat laporan polis sejurus kejadian ini berlaku. Tindakan menjejak pencuri akan menjadi mudah sekiranya laporan yang dibuat kurang daripada 10 jam daripada waktu kejadian.
Kata Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime "Walaupun Pihak Keselamatan Mesir ini cekap dalam melakukan tindakan, ini tidak bermakna pelajar Malaysia boleh leka dalam bab keselamatan terutamanya ketika waktu solat Jumaat. Kebanyakan kes pecah rumah berlaku ketika pelajar leka dan selalu mengambil dalam mudah bab keselamatan".

~http://pmram.org~

Ahad, 16 Mei 2010

hEpI bUfDaY 2 u~


hepi bufday 2 u,hepi bufday 2 u,hepi bufday 2...
abgreh,abgidham,areena,apih dan adeq afiq...hepi bufday 2 u...~da besar pon diorg sume~
haaaa tu dia,depa sume clebrate bufday masing2 kt rmh...
tiga2 rmh aku pegi...rmh abgreh aku pegi dan rmh apih pon aku pegi jgk~
sume rmh sediakn hidangan yg sdap2 belaka....
smlm rmh abgreh mkn nasi ngn ayam pusing2...rmh apih lak mkn mee goreng ngn kek coklat~
sumenye best,dan rmai jgk mmber yg dtg celebrate sama2...~
igt jgk korg kt aku ye,syg kome sume~
pape pon semoge pnjg umor,murah rzeki,bhgia dunia akhirat dan diberkati allah~
dan jgn lupe doa2kn utk aku skali yg tgh exam ni..mntak najah2 belake la ye~

~syg kome sume,may allah bless u all~

~kt bwh ni gmbr bufday apih..setakat ni gmbo abgreh xjmpa lg~

acara potong kek

tetamu sedang menjamu selera

sempat lg aku posing ngn si ciput ni

tu dia...

Sabtu, 15 Mei 2010

hArI nIe pNyE kIsAh laaaa~

huhuhuhuuu.........
ari ni la ari yg pling teruk skali aku gi exam....
mcm2 bnde aku kne besabor....huuuu~nk wat cne...eemm~
dah la pns terik,exam pulak cam xde mood nk exam...
selalunye aku hepi je klau exam,tp ari ni x thu la sbb ape la yg monyok sgt~
eemmm...tepuk dada tnye diri sendri la...
eeemm....ari ni aku pekse subject TAUHID,SIRAH dan KOMPUTER...
tauhid td alhamdulillah arr blh jwb...cume sirah ade kureng siket nk jwb tu..hehehe...
ade ke ptot aku blh lupe bnde yg aku hafal selama ni...
padahal tiap2 ari aku test soal jwb ngn kwn blh je...tp bile time pekse hampeh...
sekerat je yg blh jwb sendri,baki yg lain alhmdulillah cikgu ade bg jwpan sket2...
tu pon xthu btol ke tdk...pape pon tawakkal je la pada allah~
cume td mse time pekse,ade la sorg bdk tu dia tiru buku...dh la buku tu ltak bwh punggung...
ha kau,last2 kantoi jgk ngn cikgu,kne koyak kertas jwapan dia,aku tgok je la...
nak nolong mmg xdpt nyee..pstu cikgu bg kertas lain pstu suh bdk tu jwb smula~
huhuhu...simpati lak~ ^_^
subject komputer pon blh than jgk arr kepayahan dia...tp nseb baik soalan jnis pilih2...aku hentam jela...huhuhu~ bkn ape,byk sgt istilah komputer ni...aku xpham lngsung...
klau bahasa omputih blh than sket,ni main bahasa arab,eh xdpt eden nk nolong..huhu~
tp pape pon harap sgt2 dri kwn2 supaya doa2kn aku bior rajin belajo,jgn malas2,dan lulus dlm exam...~syg kome sume~

~may allah bless u all~

Khamis, 13 Mei 2010

kIsAh tElAdAn hArI iNi~Berkat di sebalik membaca Bismillah.~

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."