Selasa, 30 Mac 2010

tusyen math..~

bismillahhirrahmanirrohim.....~
eeemmm...seperti biasa setiap hari ahad dan selasa
selepas daripada sesi kelas di maahad,aku dan 2 org member lg apih dan najmi
turun ke bawah terus pergi ke mahattoh utubis berhadapan dengan maahad...
nak buat ape pergi kt mahattoh tu?? mcm biasalah rutin harian kiteorg pd hari ahad dan selasa saje...~
menunggu kedatangan cikgu MATEMATIK
kami dengan pacuan empat roda beliau yg berwarna merah
berjenama LADA cap FIAT bekelajuan20km/j untuk sama2 pulang ke rumah sebab ade kelas
tusyen MATH bersama dgn beliau...
sampai je kt rmh lalu aku pon duduk bersila di bawah
sambil mengeluarkan buku math,pen dan
calculator... ~
pap!!! maka startlah kiteorg belajar....
Yup,seperti biasa,perkara yg cikgu selalu sebut sebelum start pape...dia akan sebut perkataan
"bidok gila"..haha..aku geli hati dgor masa cikgu sebut perkataan tuh...sebenornye dia nak sebut budak gila..oleh kerana lidah arab,jadi pelat lah siket bile dia sebut tuh..huhu
ye arr,cikgu tu pon spoting orgnye,suke bergurau..so kiteorg terasa enjoy and seronok
bile belajar ngn beliau...
ape yg selama ni beliau ajar kt kiteorg memang derrect terus arr
masuk dalam kepala otak..~
satu satu dia ajar...
tapi kekadang aku tersalah buat soalan yg dia bagi,terkena jugak aku ketukan maut dari tangan dia
yang dikenakan atas kepala aku...huhu~sakit siott..
tulah la dia kalau dengan orang arab nih memang kasor siket...
tapi takpe la,bile fikir positif,sebenarnya untuk kebaikan diri aku jugak...
untuk aku jugakkan yang nak pandai,nasib arr kalau dah kene mcm tuh,
nak buat mcm mana lagi kan...
kekadang benda2 mcm tu sume mengingatkan kita balik pada masa akan datang...
kita akan ingat,masa aku belajar dulu2,aku penah kene ketuk kepala ngn cikgu,
penah kene maki..dah nak buat macam mana lagi..
memang patot kene pon..
tu arr,sapa suruh jadi tak pandai,kan dah kene ketuk kepala..huhu~
tapi tu arr nak bagitahunya,sebenarnya seronok belajar ni...
eh aku ni dah macam xde keje plak an...tapi takpe arr,
sebab nak kongsi siket arr pengalaman belajar kat mesir nih...huhu~
alamak!!! bateri mata aku dah low la...mata pon slow2 dah nak terlelap...
pape pon..ape yg kurang datang dari aku sendiri,
yang baik datang dari allah...mohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan...
salam...~diriku hanya insan biasa~

Jumaat, 26 Mac 2010

"sekian lama di tinggalkan"

bismillahirrahmanirrahim...~

~alhamdulillah pertama kalinya saya bersyukur pd allah taala krn maseh lagi diberi peluang nikmat utk hidup yaitu nikmat iman dan islam...sekaligus membuatkan diri ini terasa amat2 bersyukur krn dpt kembali semula dlm dunia blog pd kali ini...

~Rasanya udah lama ambe x menjenguk blog ambe ni,maklum la sebenarmye banyak lagi agenda2 lain yg rasanya lebih aula perlu diutamakan lagi...pejam celik pejam celik rasanya hampir 3 atau 4 bln ambe tak usik langsung blog ambe ni..yelah,terkadang ada jgk rasa2 tergerak hati nk update blog yg sekian lama tak di ambil peduli oleh tuan dia ni..tapi gitulah mcm ambe katakan tadi...byk lg bnda yg lebih aula dari blog ni...

~yelah,mmg x salah kalau nk main blog ni...tp gitulah maknanya,rasa diri sendiri ni mcm tak terkawal mana pendek kata bile dah duduk dpn laptop..disiplin diri tu maseh kuranglah...yelah,bila dah duduk je depan laptop ni,mula lah dia pnye punggung tu dah melekat kat kerusi..hbs sume bnda tak jadi keje,dia dh tak pikir benda2 faedah yg lain...klau dah duduk tu main facebook la,tagged lah,itulah inilah..mcm2 ahh...

~maklum la kan,skang ni internet pon laman sosial dah mcm2 jenis...dah jadi mcm ketagih pulak kalau satu hari tak bukak fesbuk atau laman sosial yang lain...yalah,bak kata orang dunia dah maju zaman dah berubah...internet hanya dihujung jari je...tp semua tu hanya sebagai ujian saja buat diri kita sendiri...sbb bnda2 ni sume didatangkan utk melihat setara mana tahap kita punya kesungguhan dalam mencapai matlamat yang di impikan...

~tapi takpe,bnda2 ni sume sebagai selengan je dlm rutin harian kita...takpe kalau nk main pesbuk ke nk main frenster ke..nak main apa lagi? hah,nk blog la..mcm2 ahh..tp kne igt,jgn smpi org kata jd ketagih nak main bnda2 ni sume...haaa.kalau gitu payah lah..sbb bila dah jupe internet mcm2 blh jd..bkn ape ambe ckp ni..utk diri ambe sendiri jugak..yelah,ambe pon manusia biasa jgk kn,tak sempurna,ade kelemahan dia ade kelebihan dia..jadi kene fikirlah masing2..allah bagi akal kpd kita adalah utk kita berfikir yang mana baik dan yg mana buruk,yang mana berfaedah dan yang mana tak berfaedah..haaa..gitulah mknanya...

~Jadi gitulah,memandangkan ambe pon dah tak lame lagi nk exam nidlm tgh bulan 4 tak silap..mohonlah kpd sume,doakan lah kejayaan ambe dan kita bersama...insyallah allah akan bantu kita dalam apa jua masalah yang kita alami....sama2 kita byk kn berdoa,berqiamulail dan perkara2 yang mendekatkan diri kpdNya...ameeenn..insyallah...mata dah mengantuk ni..lain time pulak kita bertemu lagi...huhu~

Selasa, 13 Oktober 2009

"XPDC BERKUDA 2009 di Giza kembara sahara"

Assalamualaikum,kali nie saya mau posting la siket citer pasal pengalaman XPDC berkuda anjuran DPM shibin semalam.Program tersebut telah di anggotai oleh seramai 27 orang peserta.Bukan orang shibin saje ikot serta,orang kaherah pon turut serta.Lihat kat bawah sedikit sedutan gambar yang sempat saya ambik masa XPDC tersebut....

kalau nak kenal,nie adalah pengarah program xpdc kuda,ceh sengeh dia...

eee...ape nieee...geli sangat ke dia tuu????

peserta yang terlibat...

tengok apa tuhhh??? senyum la siket...

Sebenarnye seronok jugak bile dapat ikuti program ni.Ramai rakan-rakan yang turut serta yang menyebabkan hidupnye suasana ceria dikalangan kami.Memang enjoy program nii...Macam2 karenah sebenarnye naik kuda nih.Ada dikalangan kiteorang ni,kuda diorang jatuhlah,nak guling atas pasirlah dan macam2 lagi...pengalaman yang membuatkan aku tak dapat nak dilupakan...tapi mase naik kuda nih,paling seronok sekali,masa kuda tu pecut lari...fuuhhh,memang best arrr...tak puas rase bile naik sekejap..kalau ada lagi program macam ni,aku rasenye kot orang pertama daftar..huhu

haaa..yang ni gambar lepas naik kuda..kat belakang aku tu ialah piramid...

aiceh,bergaya duduk atas kuda dia...

Lepas je naik kuda.kite orang pon berhentilah naik..huuu,mase tu lah satu badan rase sedap dan ringan...best giler...tapi esok pagi lepas subuh,masyaallah tabarakallah..seluruh belakang badan habis sakit..huhu..mase tu tak tahan siket..tapi nak buat cane,tahan je lah..walaupape pon,hati aku puas dapat lepaskan ape yang aku nak selama ni..huhu

ust basri lambai sapa tuh???

bujang sepah sedang bergaya...comey spek mata...huhu

gambor ngat ngat ah..gambor aku sorang habok malas nok ambikkan..

Rasenyee hok ni je la yang aku dapat kongsi kan bersama.Banyok lagi benornye,tapi oleh kerana letih nak menunggu upload gambor satu-satu,hok ni je la yang sempat...tapi insyallah,kalau diberi masa aku akan letak lagi yerk....sekian wassalam..

Rabu, 30 September 2009

"Ganjaran besar puasa 6"

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Selasa, 29 September 2009

"HATI 09 PMRAM"JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PMRAM 09"


Haaaaaa.....kepada pengunjung-pengunjung sekalin,PMRAM telah mengadakan open house aidilfitri semalam.Huuuu,betapa meriahnya open house semalam.Maklumlah kan,first time aku beraya kat mesir macam orang jakon pulak kan...haha...tp takpe,walaubagaimanapon satu pengalaman buat diri aku untuk merasakan bahawasanya raya kat sini lebih kurang sama je macam kat mesia,cume yang bezanya mak ngan ayah jelah yang takde...hehe...pelbagai acara menarik diadakan.Antaranya acara makan-makan,minum-minum,nasyid dan juga ada tayangan slide show.Tapi kat sini acara bagi duit raya takdelah...hehe...Pada awalnya macam biasalah majlis perasmian dulu diadakan.Aku pun tak tahulah sape yang merasmikan,sebab aku datang lewat sikit mase tu...lepas acara perasmian tulah tak silap aku,baru acara makan..fuhhhh...memang ramai gila ah orang datang...sehinggakan nak menunggu giliran nak ambik makanan pun dah beratur panjang...huhu..sungguh menakjubkan...Pelbagai aneka juadah disediakan.Seperti rendang,nasi kepit,laksa,kuah kacang dan banyak lagi lah..fuh sedap!!!!! tak makan lagi pun tengok macam sedap,maklumlah masa tu perot tengah lapor,tu pasal yang tengok macam sedap je...hehehe...tapi bila dah makan je,masyaallah,tabarakallah,punyalah sedap.Sapelah agaknya yang pandai masak ni...memang best giler ah,sehingga menjilat jari sey...huhu..Tapi macam mana pun,PMRAM memang all the best..berjaya program open house dilakukan semalam..Rasanya setakat tu jelah kot posting aku kali ni...nak tulis bebanyak pon,macam dah penat je tangan..hehe..sedikit sedutan gambar yang aku dapat sedut masa open house semalam...

~antara pengunjung yang sudi datang~





~antara aneka juadah yang disediakan~





~para pengunjung sedang menjamu selera~


~acara persembahan nasyid turut ada~

....itulah antara sedutan gambar dapat aku tangkap....

Ahad, 20 September 2009

~Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ayah & mak serta seluruh keluarga aku~


~gambar mak ngan ayah kat atas~

~allahu akbar,allahu akbar,allahu akbar,walillahilham~itulah takbir yg bergema di pagi 1 syawal yang menyebabkan aku teringat kat mak ngan ayah aku..maklum laaa kali pertama beraya mak ngan ayah takde disamping aku,dan jugak kali pertama aku beraya kat mesir ni..jadi sempena hari raya yang mulia ni anakanda ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan pada mak ngan ayah samaada sengaja ataupun tak sengaja...seterusnya anakanda nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada tok wan,nenek,mak uda,pak ngah dan adik aku mamat dan iqbal serta semua keluarga aku yang sedang dirindui dan sesiapa saje yang mengenali diriku ini dan semua umat islam...dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...
kat bawah ni sedikit gambar mael masukkan untuk santapan familyku yang berada jauh dariku...














~ambik gambar jap sebelum pergi sembahyang raya~(dalam rumah mael)














~suasana sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri~














~baru sudah habis sembahyang dan tengah tunggu nak dengar khutbah~














~gambar beramai-ramai selepas sembahyang raya,seronok kan~


~kalau mak ngan ayah nak kenal ni sape...haaa,ni lah abg-abg yang duduk sekali ngan mael..diaorang ni lah yang selalu tegur mael...yang hujung sebelah kanan tu ust mat,ust marol,ust awang,belakang mael,ust qatadah,ust hafiz,ust mizi dan ust maznan...ada sorang lagi,tapi takde dalam gambar ni...~




















~bergambar di perkarangan asrama negeri-negeri~

Khamis, 17 September 2009

~Pergi masjid amru berimamkan Shiekh Jibril~

Baru-baru ni aku telah ke pergi ke masjid amru bersama dgn 4 org yang lain...sebab biasanye Sheikh Jibril akan turun jadi imam pd malam 27 ramadan~

Ni gambar sekitar masjid amru...














~yang atas ni gambar pintu masuk utama masjid amru...

~yang bawah ni pulak gambar sebelum waktu buke puasa~













~ni kiteorang tengah buka puasa~














~masa nk balik rumah~














~gambar pemandangan luar dan dalam Masjid amru~






















Pengalaman aku yang aku tak akan lupa ialah ketika sembahyang witir.Ya allah,betapa panjangnya qunut sheikh baca,sampai 1 jam..huhu..tu lah pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.Rasanya setakat tu je lah yang aku boleh kongsi bersama.Malas nak tulis panjang-panjang,sekadar tunjuk gambar pon sudah memadai jugak kan...kalu ada apa-apa yang kurang,minta maaf lah banyak-banyak.Biasalah kan manusia tak lepas dari lakukan kesilapan...