Selasa, 13 Oktober 2009

"XPDC BERKUDA 2009 di Giza kembara sahara"

Assalamualaikum,kali nie saya mau posting la siket citer pasal pengalaman XPDC berkuda anjuran DPM shibin semalam.Program tersebut telah di anggotai oleh seramai 27 orang peserta.Bukan orang shibin saje ikot serta,orang kaherah pon turut serta.Lihat kat bawah sedikit sedutan gambar yang sempat saya ambik masa XPDC tersebut....

kalau nak kenal,nie adalah pengarah program xpdc kuda,ceh sengeh dia...

eee...ape nieee...geli sangat ke dia tuu????

peserta yang terlibat...

tengok apa tuhhh??? senyum la siket...

Sebenarnye seronok jugak bile dapat ikuti program ni.Ramai rakan-rakan yang turut serta yang menyebabkan hidupnye suasana ceria dikalangan kami.Memang enjoy program nii...Macam2 karenah sebenarnye naik kuda nih.Ada dikalangan kiteorang ni,kuda diorang jatuhlah,nak guling atas pasirlah dan macam2 lagi...pengalaman yang membuatkan aku tak dapat nak dilupakan...tapi mase naik kuda nih,paling seronok sekali,masa kuda tu pecut lari...fuuhhh,memang best arrr...tak puas rase bile naik sekejap..kalau ada lagi program macam ni,aku rasenye kot orang pertama daftar..huhu

haaa..yang ni gambar lepas naik kuda..kat belakang aku tu ialah piramid...

aiceh,bergaya duduk atas kuda dia...

Lepas je naik kuda.kite orang pon berhentilah naik..huuu,mase tu lah satu badan rase sedap dan ringan...best giler...tapi esok pagi lepas subuh,masyaallah tabarakallah..seluruh belakang badan habis sakit..huhu..mase tu tak tahan siket..tapi nak buat cane,tahan je lah..walaupape pon,hati aku puas dapat lepaskan ape yang aku nak selama ni..huhu

ust basri lambai sapa tuh???

bujang sepah sedang bergaya...comey spek mata...huhu

gambor ngat ngat ah..gambor aku sorang habok malas nok ambikkan..

Rasenyee hok ni je la yang aku dapat kongsi kan bersama.Banyok lagi benornye,tapi oleh kerana letih nak menunggu upload gambor satu-satu,hok ni je la yang sempat...tapi insyallah,kalau diberi masa aku akan letak lagi yerk....sekian wassalam..

Rabu, 30 September 2009

"Ganjaran besar puasa 6"

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.
Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Selasa, 29 September 2009

"HATI 09 PMRAM"JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PMRAM 09"


Haaaaaa.....kepada pengunjung-pengunjung sekalin,PMRAM telah mengadakan open house aidilfitri semalam.Huuuu,betapa meriahnya open house semalam.Maklumlah kan,first time aku beraya kat mesir macam orang jakon pulak kan...haha...tp takpe,walaubagaimanapon satu pengalaman buat diri aku untuk merasakan bahawasanya raya kat sini lebih kurang sama je macam kat mesia,cume yang bezanya mak ngan ayah jelah yang takde...hehe...pelbagai acara menarik diadakan.Antaranya acara makan-makan,minum-minum,nasyid dan juga ada tayangan slide show.Tapi kat sini acara bagi duit raya takdelah...hehe...Pada awalnya macam biasalah majlis perasmian dulu diadakan.Aku pun tak tahulah sape yang merasmikan,sebab aku datang lewat sikit mase tu...lepas acara perasmian tulah tak silap aku,baru acara makan..fuhhhh...memang ramai gila ah orang datang...sehinggakan nak menunggu giliran nak ambik makanan pun dah beratur panjang...huhu..sungguh menakjubkan...Pelbagai aneka juadah disediakan.Seperti rendang,nasi kepit,laksa,kuah kacang dan banyak lagi lah..fuh sedap!!!!! tak makan lagi pun tengok macam sedap,maklumlah masa tu perot tengah lapor,tu pasal yang tengok macam sedap je...hehehe...tapi bila dah makan je,masyaallah,tabarakallah,punyalah sedap.Sapelah agaknya yang pandai masak ni...memang best giler ah,sehingga menjilat jari sey...huhu..Tapi macam mana pun,PMRAM memang all the best..berjaya program open house dilakukan semalam..Rasanya setakat tu jelah kot posting aku kali ni...nak tulis bebanyak pon,macam dah penat je tangan..hehe..sedikit sedutan gambar yang aku dapat sedut masa open house semalam...

~antara pengunjung yang sudi datang~





~antara aneka juadah yang disediakan~





~para pengunjung sedang menjamu selera~


~acara persembahan nasyid turut ada~

....itulah antara sedutan gambar dapat aku tangkap....

Ahad, 20 September 2009

~Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ayah & mak serta seluruh keluarga aku~


~gambar mak ngan ayah kat atas~

~allahu akbar,allahu akbar,allahu akbar,walillahilham~itulah takbir yg bergema di pagi 1 syawal yang menyebabkan aku teringat kat mak ngan ayah aku..maklum laaa kali pertama beraya mak ngan ayah takde disamping aku,dan jugak kali pertama aku beraya kat mesir ni..jadi sempena hari raya yang mulia ni anakanda ingin memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan pada mak ngan ayah samaada sengaja ataupun tak sengaja...seterusnya anakanda nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada tok wan,nenek,mak uda,pak ngah dan adik aku mamat dan iqbal serta semua keluarga aku yang sedang dirindui dan sesiapa saje yang mengenali diriku ini dan semua umat islam...dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...
kat bawah ni sedikit gambar mael masukkan untuk santapan familyku yang berada jauh dariku...














~ambik gambar jap sebelum pergi sembahyang raya~(dalam rumah mael)














~suasana sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri~














~baru sudah habis sembahyang dan tengah tunggu nak dengar khutbah~














~gambar beramai-ramai selepas sembahyang raya,seronok kan~


~kalau mak ngan ayah nak kenal ni sape...haaa,ni lah abg-abg yang duduk sekali ngan mael..diaorang ni lah yang selalu tegur mael...yang hujung sebelah kanan tu ust mat,ust marol,ust awang,belakang mael,ust qatadah,ust hafiz,ust mizi dan ust maznan...ada sorang lagi,tapi takde dalam gambar ni...~




















~bergambar di perkarangan asrama negeri-negeri~

Khamis, 17 September 2009

~Pergi masjid amru berimamkan Shiekh Jibril~

Baru-baru ni aku telah ke pergi ke masjid amru bersama dgn 4 org yang lain...sebab biasanye Sheikh Jibril akan turun jadi imam pd malam 27 ramadan~

Ni gambar sekitar masjid amru...














~yang atas ni gambar pintu masuk utama masjid amru...

~yang bawah ni pulak gambar sebelum waktu buke puasa~













~ni kiteorang tengah buka puasa~














~masa nk balik rumah~














~gambar pemandangan luar dan dalam Masjid amru~






















Pengalaman aku yang aku tak akan lupa ialah ketika sembahyang witir.Ya allah,betapa panjangnya qunut sheikh baca,sampai 1 jam..huhu..tu lah pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila-bila.Rasanya setakat tu je lah yang aku boleh kongsi bersama.Malas nak tulis panjang-panjang,sekadar tunjuk gambar pon sudah memadai jugak kan...kalu ada apa-apa yang kurang,minta maaf lah banyak-banyak.Biasalah kan manusia tak lepas dari lakukan kesilapan...

Sabtu, 12 September 2009

~~~ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR~~~



Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Rabu, 9 September 2009

Takziah Kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu

-Tragedi Lemas di Kampung Pinang Merah (Video di Dalam)

DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga

Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam.

Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.

”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan.

Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.

Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.

”Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful (gambar atas kanan) dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya.

Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib.

Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.

Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui.